بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
FASAL 10:
TINGKATAN PENCAPAIAN SALIKIN
10.5 Penjelasan Tauhid Tingkatan Kedua – Maqam Tauhid Asma’
Ketika seseorang hamba
Allah yang telah pun sampai ke Maqam Af'al, meneruskan mujahadahnya
bersungguh-sungguh berzikir dan Muraqabah serta wirid-wirid lainnya
seperti yang disuruh, tanpa henti, maka dengan Kemurahan Allah Ta'ala Yang Maha
Pengasih, terlimpahlah kepadanya Nur Asma' Allah (Cahaya Nama-nama Allah
Maha Agung). Ketika itu terbukalah hijab
hatinya sehingga diperlihatkan Asma’ Allah (Nama-nama Allah Yang Maha Agung dan
Sempurna). Sebagaimana sebelumnya,
pandangan ini adalah ainul basirah (pandangan mata hati) yang terbuka
kepada Ketuhanan. BUKAN fikir aqal, BUKAN khayalan, BUKAN teori-teori yang
diulang-ulang tetapi sebenar penghayatan hati dan ruh daripada pancaran Cahaya
Ketuhanan ke dalam hatinya.
Hamba Allah yang sampai ke
Maqam ini akan melihat haqiqat di sebalik setiap Asma' Allah yang Maha
Agung. Diperlihatkan kepadanya bahawa
tidak ada suatu nama pun yang indah-indah serta memiliki Keagungan, melainkan semuanya
milik Allah.
Ketika mereka di peringkat awam mengkaji Sifat
20, mereka hanya kenal nama-nama Allah berdasarkan teori sahaja. Mereka tahu dan yakin wujudnya nama-nama
Allah Yang Maha Agung, namun mereka belum saksikannya. Mereka tahu wujud Asma’
Allah yang Maha Suci, namun keyakinan mereka hanya berada pada peringkat Ilmul-yaqin
(yakin dengan pengetahuan yang dapat difikir aqal), keyakinan mereka belum
penuh. Keyakinan mereka masih
terumbang-ambing antara syak, zonn dan waham.
Ketika mereka sampai ke
Maqam Tauhid Asma' ini, maka terbukalah baginya haqiqat di sebalik setiap Asma'
Allah, maka penuhlah keyakinannya 100% tanpa sedikit pun keraguan di dalamnya
kerana mereka saksikan setiap Asma' Allah dari mata hatinya yang terbuka kepada
Ketuhanan.
..bersambung ke Fasal 10 : Tingkatan Pencapaian Salikin
10.6 Penjelasan Tauhid Tingkat Ketiga – Maqam Tauhid Sifat
..........اِ نْ شَآ ءَ اللّه
No comments:
Post a Comment