بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
FASAL 8:
PANDUAN MENCARI MURSYID YANG SIDDIQ
8.1 Pengenalan Berhubung dengan Bai’at
Setelah seseorang
Islam mendapat jawapan daripada Petunjuk Allah ke dalam hatinya akan seorang
Mursyid Pewaris Nabi yang sebenar, yang akan membimbingnya mengenal Allah,
melalui Sistem Tarbiyyah Unggul yang diwarisi turun-temurun daripada Junjungan
Besar Rasulullah ﷺ, maka langkah berikutnya adalah Bai’at, iaitu Janji Setia untuk
mempertahankan Agama di dalam diri (di dalam hatinya) sampai matinya. Sumpah setia itu juga membawa pengertian
lebih luas kepada mempertahankan kesucian Agama Allah di seluruh muka bumi dengan
wasail (cara-cara) yang di-Syari’atkan oleh Allah Ta’ala.
Sesungguhnya Bai’at (Janji setia) menurut
Ahlus Sunnah Wal Jamaah menduduki posisi yang suci dan mulia di dalam
Agama. Jika diperhalusi secara mendalam,
pada suatu sudut pengertian ilmu, Bai’at itu pada haqiqatnya merupakan dasar
bagi Iman dan Taqwa.
Kewajipan Bai’at (janji setia) dan keutamaannya
dapat diperhatikan daripada keterangan Al-Qur’an, Hadith berserta fatwa Ulama
Ahlus Sunnah terkemuka. Berikut kami menyebut sebahagian daripadanya.
Pertama
: Bai’at adalah pintu masuk ke
dalam Islam.
Pada hayat
Rasulullah ﷺ,
setiap orang yang ingin memeluk Islam, berbai’at dengan Nabi ﷺ untuk
beriman kepada Allah dan Rasul-Nya,
berpegang teguh kepada Tali Allah serta mempertahankan kesucian Islam
dengan nyawa mereka.
Rasulullah ﷺ
meminta para Sahabat Baginda supaya Bai’at berulangkali pada
keadaan-keadaan tertentu, misalnya Bai’at untuk beramal soleh, Bai’at
untuk Mempertahankan Rasulullah ﷺ, Bai’at untuk
jauhi Syirik, Bai’at Wanita, Bai’at untuk Jihad dan lain-lain. Semua ini menunjukkan kewajipan dan keutamaan
Bai’at.
Kedua : Rasulullah ﷺ
mendidik Sahabat mencapai Keimanan yang tinggi.
Para Sahabat mencapai
keimanan yang tinggi (Ma’rifat) setelah mereka Bai’at dengan Rasulullah ﷺ dan sungguh-sungguh mujahadah pada Jalan
Allah.
Ketiga : Sekalian Masyaikh
Ahlus Sunnah Bai’at dengan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.
Semua Ulama Pewaris
Nabi yang Siddiq termasuk Mujaddid dan Mujtahid Berbai’at dengan Guru Mursyid mereka
masing-masing, untuk beramal dan mempertahankan Agama Allah dengan jiwa raga
mereka. Ertinya setiap Mujaddid dan
Mujtahid lahir dari Institusi Mursyid atau Ahli Sufi atau Ahli Ma’rifat,
termasuk sekalian Mujtahid Fiqh – Imam Sufyan Ath-Thawri, Imam Abu Hanifah,
Imam Malik, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad Hanbal Ridhwanullah Alaihi Ajma’in dan
mereka semua melakukan Bai’at dengan Mursyid mereka masing-masing.
Keempat : Bai’at adalah pintu Pembukaan
kepada pencapaian Tauhid yang hakiki.
Bai’at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq,
kemudian mujahadah sungguh-sungguh pada Jalan Allah adalah pintu masuk kepada
Keimanan sejati atau Tauhid yang hakiki atau Ma’rifat dan Ubudiyyah yang tulus
Ikhlas. Tanpa Bai’at ini (dengan
Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq), tiada siapa pun mampu mencapai hakikat
Keimanan dan kehampiran kepada Allah.
Bahkan hati mereka akan sentiasa berbolak-balik antara Keimanan dan
Kekufuran, dan di antara Kebenaran dan Sifat nifaq dan di antara Tauhid dan
Syirik.
Kelima : Tanpa Bai’at kepada Mursyid yang
Siddiq, Agama seseorang terancam.
Orang Islam yang
tidak berbai’at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq dan tidak
mujahadah sungguh-sungguh pada jalan Ma’rifat dengan pimpinan beliau, maka
dikhuatiri menyeleweng kepada fahaman-fahaman sesat. Hal ini benar-benar terjadi kepada Ummat ini
– Sejarah Ummat Islam membuktikan banyak sekali orang-orang yang “alim” dan
“cerdik pandai Agama” jatuh kepada fahaman-fahaman sesat Syi’ah (Rafidhi),
Khawarij (Wahhabiyyah), Mu’tazilah, Jabariyyah, Mujassimah dan lain-lain
berjumlah 72 golongan. Sebahagian lagi
jatuh kepada fahaman sesat di dalam keruhanian (11 golongan menurut fatwa
Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu).
Keenam
: Allah Ta’ala janjikan Syurga Tanpa
Hisab
Orang-orang beriman
yang benar-benar berpegang teguh dengan Bai’at (janji setia) mereka
sampai akhir nafas mereka, maka Allah Ta’ala janjikan mereka dengan masuk
Syurga tanpa hisab. Kalimah “ اَجْرًا عَظِيْمًا “ (Kemenangan Besar), ditafsirkan dengan pengertian “Masuk
Syurga tanpa Hisab”. Janji Allah ini
(masuk Syurga tanpa hisab) bukan sahaja berlaku ketika hayat Rasulullah ﷺ,
tetapi akan berterusan pada setiap zaman berikutnya sampai Qiamat. Ertinya siapa sahaja dari kalangan orang
Islam yang berbai’at kepada Wakil Rasulullah ﷺ,
iaitu Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq dan kemudian berjuang sungguh-sungguh
ikhlas mempertahankan kesucian Agama, maka mereka tergolong ke dalam Janji
tersebut (masuk Syurga tanpa hisab).
Sesungguhnya Allah Ta’ala Maha Menyempurnakan Janji-Nya.
Ketujuh : Ahlus Sunnah terpelihara sampai Qiamat
melalui Bai’at dan Talaqqi Musyafahah.
Bai’at
(janji
setia) dan Talaqqi Musyafahah (berhadapan dengan Mursyid Pewaris Nabi
dan mengambil ilmu terus dari lisan beliau) adalah Tunjang kesinambungan
Tradisi Ahlus Sunnah Wal Jama’ah; mulai dari Sahabat
Nabi, turun-temurun dari satu generasi Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
kepada generasi Mursyid yang Siddiq berikutnya, dan berikutnya sambung-menyambung
tanpa putus sampai Qiamat.
Kaedah perpindahan
Ilmu Warisan Rasul ﷺ melalui Bai’at (janji setia), Talaqqi Musyafahah (menghadap Guru
Mursyid dan menerima dari lisan beliau) dan Limpahan Nur Rabbaniyyah (Cahaya
Ketuhanan) ke dalam dada Pewaris Nabi ini adalah keunggulan Ilmu Ahlus Sunnah
yang tetap terpelihara kesuciannya di tangan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. Dan inilah bukti kukuh bahawa Warisan Rasulullah
ﷺ
selamat di tangan Masyaikh Ahlus Sunnah.
Islam tetap terpelihara kesucian dan keasliannya dan tiada tercemar oleh
anasir-anasir nafsu atau bisikan-bisikan syaitan atau kepentingan politik atau
kerana nafsu Penguasa-penguasa fasiq.
Ahlus Sunnah tetap selamat di bawah Naungan Rahmat Allah dan akan terus
memerintah dunia hingga Qiamat.
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir
Jilani رضي الله
عه :
"Ilmu tersebut (iaitu Ilmu Rahsia yang tersangat
rahsia) dimasukkan kepada Nabi ﷺ
pada malam Baginda Mi'raj kepada Tuhannya. Rahsia itu tersembunyi di dalam diri Baginda
di balik tiga ribu tabir hijab. Baginda
tidak membuka Rahsia tersebut melainkan kepada sebahagian pengikut Baginda yang
sangat cinta dengan Baginda. Melalui
penyebaran dan keberkatan Rahsia inilah Islam (Ahlus Sunnah) akan terus
memerintah sehingga ke hari Qiamat."
[Sirrul Asrar Fi-ma-Yahtaju Ilayhil Abrar]
.....bersambung ke Fasal 8 Bai'at Kepada Mursyid yang Siddiq
8.2 Definisi Bai'at....... اِ نْ شَآ ءَ اللّه
No comments:
Post a Comment