بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
FASAL 8:
PANDUAN MENCARI MURSYID YANG SIDDIQ
Dari
segi Bahasa:
Bai’at berasal dari kata dasar Arab: ( بيعة, يبيع , باع ) yang membawa pengertian: aqad, penjanjian,
beri dan terima, jual beli, janji setia, sumpah setia, penjanjian di antara
dua pihak.
Di
dalam istilah Syara’:
Bai’at adalah:
Perjanjian di antara Pemimpin dan Orang yang dipimpin untuk
mempertahankan Agama Suci Allah di dalam dirinya, keluarganya, masyarakatnya,
negaranya dan dunia umumnya.
Di dalam Risalah ini kita akan bicarakan secara
khusus Bai’at pada Jalan Ma’rifat, iaitu perjanjian di antara Mursyid
Pewaris Nabi yang Siddiq dan Salik (hamba yang berjalan kepada
Allah). Mursyid berikrar kepada Allah
Ta’ala untuk memimpin si murid kepada Allah Ta’ala dan murid berjanji untuk
ta’at setia kepada Mursyidnya agar tercapai Matlamat Agama, iaitu mencapai
Tauhid hakiki, Ubudiyyah yang suci murni dan Keredhaan Allah serta
Kasih-Nya.
Beberapa noktah penting untuk diperhatikan:
· Pada hayat Rasulullah
ﷺ
Bagindalah Pemimpin Zahir dan Batin, maka
Baginda dibai’at oleh Ummat Islam.
· Setelah kewafatan
Rasulullah ﷺ , Khulafa Ar-Rasyidin menjadi Pemimpin Ummat Zahir
dan Batin, maka mereka dibai’at oleh Ummat Islam.
· Setelah kewafatan Sayyidina
Ali Karramallahu Wajhah, kepimpinan bercampur aduk antara haq dengan
batil. Nilai-nilai kesucian Agama dikotori oleh Pemimpin-pemimpin fasiq
dan dan zalim. Mereka ini hanya
“khalifah” pada nama saja, kerana Khalifah Rasulullah ﷺ yang benar adalah hamba Allah yang Taqwa.
· Walau bagaimanapun
Kepimpinan Keruhanian yang diwariskan oleh Rasulullah ﷺ
kepada para Sahabat Baginda yang terpilih tetap bersambung dengan keluhuran
tanpa campur tangan “kuasa-kuasa” nafsu dan syaitan. Merekalah Wakil Allah dan Wakil Rasulullah ﷺ yang
sebenar. Ini yang dipanggil Kepimpinan
Mursyid atau Ahli Sufi atau Ahli Ma’rifat Pewaris Nabi yang Siddiq. Setiap Mursyid yang Siddiq mempunyai Silsilah
perguruan sampai kepada Rasulullah ﷺ. Mereka tetap unggul mempertahankan
kesucian Islam (kesucian Ahlus Sunnah Wal Jama’ah sampai Qiamat).
· Mursyid Pewaris Nabi
yang Siddiq, wakil sebenar Rasulullah ﷺ, menjauhkan diri daripada perebutan kuasa dan ketamakan ahli
politik yang zalim dan fasiq. Mereka membentuk Sistem dan Peradaban tersendiri
berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah yang suci murni, sehingga terbeza dari
aliran-aliran, doktrin dan kefahaman-kefahaman sesat.
.....bersambung ke Fasal 8 Bai'at Kepada Mursyid yang Siddiq
8.3 Asas Bai'at....... اِ نْ شَآ ءَ اللّه
No comments:
Post a Comment