بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
FASAL 8:
PANDUAN MENCARI MURSYID YANG SIDDIQ
Asas Bai’at di dalam Islam tidak lain melainkan
menyempurnakan Matlamat Penciptaan manusia, iaitu Mengenal Allah (secara hakiki
di dalam hati) dan melaksanakan Ubudiyyah (Perhambaan).
Firman
Allah:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا
لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidaklah Aku
ciptakan Jinn dan Manusia melainkan Ubudiyyah kepada-Ku”
[Adz-Dzaariyaat (51)
: Ayat 56]
Berkata
Ibnu Abbas Radhiallahu anhu:
Makna " يَعْبُدُونِ "
(Ya'budun) pada ayat di atas
adalah " يعرفون " (ya'rifun) iaitu Mengenal Allah (di dalam pengertian
mendalam disebut Ma'rifat).
[Tafsir Ibn Abbas]
Maka maksud Perintah
Allah di atas adalah:
"Tidaklah Allah
Ta'ala ciptakan jinn dan manusia melainkan untuk Mengenal Allah dengan sebenar
kenal (Ma'rifat) dan kemudian beribadah kepada-Nya dengan tulus ikhlas
('Ubudiyyah). Ungkapan " يَعْبُدُونِ " (Ya'budun) itu pada hakikatnya adalah
"Perhambaan" dan bukan semata-mata ibadah. Pengertian "ibadah" membawa maksud umum kerana perlakuan "ibadah" dibuat juga oleh manusia-manusia lain yang
menganut agama lain, atau tegasnya orang
kafir dan Musyrik.
Untuk menyempurnakan
Matlamat ini, Allah Ta’ala Utuskan sekalian Anbiya bagi menunjukki jalan
Mengenal Allah di dalam erti kata yang sebenar, iaitu menunjukki jalan
kebenaran dan menyucikan batin manusia daripada kekufuran dan kesyirikan (syirik
khafi), mazmumah (kekejian) sehingga hati mereka terbuka untuk
Mengenal Allah dan melakukan Ubudiyyah setulus hati. Pintu masuk kepada proses
inilah Bai’at. Setiap manusia
yang ingin selamat dunia akhirat perlu Bai’at kepada “Utusan Allah” atau
“Wakil Allah”.
Pada hayat
Rasulullah ﷺ , Baginda sendiri memimpin para Sahabat Mengenal
Allah dan sucikan batin mereka daripada syirik, mazmumah dan dosa-dosa. Setelah kewafatan Rasulullah ﷺ, tugas memimpin manusia
kepada Allah, menunjukki mereka jalan kebenaran dan jalan sucikan hati ini
disambung oleh Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. Siapakah mereka? Merekalah Sahabat, kemudian Tabiin, kemudian
Tabi-it Tabbin, kemudian Imam-Imam dan Masyaikh yang memperoleh Limpahan Nur
Allah dan pancaran Nur Muhammad silih berganti sepanjang zaman.
....bersambung ke Fasal 8 Bai'at Kepada Mursyid yang Siddiq
8.4 Haqiqat Bai'at....... اِ نْ شَآ ءَ اللّه
No comments:
Post a Comment