بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
FASAL 8:
BAI'AT KEPADA MURSYID YANG SIDDIQ
Ahlus Sunnah Wal
Jama’ah memahami, sesungguhnya Haqiqat sesebuah Bai’at itu adalah
pengakuan suci murni kepada Allah Ta’ala, BUKAN kepada manusia yang
membai’atkannya. Seseorang Pemimpin yang
menerima Bai’at dari manusia lain sama ada beliau itu Rasul, Warisatul
Anbiya’, Khalifah, atau Pemimpian lainnya, hanyalah sebagai Wasilah
(yang menyambung atau memimpin kepada Allah).
Ertinya pada zahirnya hamba-hamba Allah Bai’at kepada Mursyid
Pewaris Nabi yang Siddiq sedangkan pada haqiqatnya mereka sumpah dan janji
setia kepada Allah.
Di sini kita melihat
suatu ciri unggul Ahlus Sunnah Wal Jama’ah iaitu bertawassul kepada seseorang
yang di-Kasihi Allah untuk memperoleh kebaikan dari Allah Ta’ala.
Firman Allah:
إِنَّ
ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ
أَيۡدِيہِمۡۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦۖ وَمَنۡ
أَوۡفَىٰ بِمَا عَـٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمً۬ا
“Sesungguhnya
orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepada-mu (wahai Muhammad),
mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Tangan Allah
atas tangan mereka (Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu
untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa
yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu
hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah
dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang
besar.”
[Al-Fath (48) : Ayat
10]
Firman Allah ini adalah mengandungi Kalimah-Kalimah
Agung, suatu Pengisytiharan Sejagat berhubung dengan Rahsia Bai’at. Mereka (Ummat Islam yang benar-benar beriman)
yang Bai’at Janji Setia kepada Rasulullah ﷺ
adalah di dalam Perhatian Allah yang khusus. Allah Ta’ala menjanjikan Ganjaran Besar bagi
mereka yang sungguh-sungguh menyempurnakan janji mereka.
Ganjaran yang dijanjikan itu BUKANLAH harta benda
duniawi atau kemewahan kekayaan atau pangkat kedudukan di sisi manusia. Tetapi jauh lebih mulia dari itu iaitu Syurga
Melihat Wajah-Nya ketika di dunia ini lagi. Dan di Akhirat mereka
dijanjikan masuk Syurga tanpa Hisab – bertali-tali masuk Syurga dengan
berpegang kepada Mursyid kepada Mursyidnya, sambung- menyambung sampai
Rasulullah ﷺ.
Jika Ganjaran besar yang dijanjikan itu berupa harta
benda duniawi atau pangkat kedudukan di sisi manusia, sudah tentu para Sahabat
lebih layak menerimanya. Tetapi ternyata
para Sahabat kebanyakannya dhaif dan miskin.
Tetapi mereka kaya dengan IMAN.
Kaya dengan TAUHID, kaya MA’RIFAT.
Sebaliknya mereka kaya di Akhirat.
Mereka sudah diperlihatkan oleh Allah ganjaran yang menanti mereka di
Akhirat. Bahkan mereka telah
dibukakan mata hati untuk Melihat Allah di dunia ini lagi.
....bersambung ke Fasal 8 Bai'at Kepada Mursyid yang Siddiq
8.5 Bentuk (Jenis-jenis) Bai’at ....... اِ نْ شَآ ءَ اللّه
No comments:
Post a Comment