Thursday, June 25, 2026

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR - FASAL 8

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



FASAL 8:

BAI'AT KEPADA MURSYID YANG SIDDIQ


sambungan...


8.5 Bentuk (Jenis-jenis) Bai’at


Kebanyakan orang Islam memahami Bai’at pada sudut yang sempit, iaitu Bai’at untuk masuk Islam atau Bai’at kepada Khalifah semata-mata. Sedangkan Bai’at yang sebenar yang difahami oleh Ahlus Sunnah Wal Jama’ah TIDAK terhad kepada kedua bentuk itu kerana di antara Rasulullah dan sahabat telah berlaku Bai’at di dalam banyak keadaan yang berbeza-beza dan tujuan yang berbeza-beza.  


Walau bagaimanapun dasar dan matlamat Bai’at tidak terkeluar dari Prinsip-prinsip Asasnya iaitu: Kesucian Hati dan mencapai Tauhid yang hakiki, Taqwa dan Maqam Ihsan, serta meninggikan Syi’ar Allah atas muka bumi.


Pertama :  Bai’at Untuk Beriman kepada Allah dan  Tidak Derhaka Kepada Rasulullah (Bai’atul Aqabah Pertama)

Ubadah bin Samit رضي الله عنها berada pada saat terjadi Bai’atul Aqabah berkata, Rasulullah mengambil janji setia orang-orang Ansar di Aqabah;  Rasulullah bersabda:

“Kemarilah, hendaklah kamu  berbai’at (janji setia) kepada-ku untuk tidak menyekutukan Allah dengan apa pun, kamu  tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kalian, tidak akan berbuat dusta yang kamu ada-adakan antara tangan dan kaki kamu, tidak derhaka kepadaku dalam perkara yang ma’ruf (baik).  Barang siapa yang menepati bai’at (janji setia) ini, maka ia akan mendapatkan ganjaran dari Allah.  Barang siapa yang melanggar salah satunya, lalu dihukum di dunia, maka hukuman itu menjadi kaffarah (penghapus dosa) baginya.  Barang siapa yang melanggar salah satunya, lalu Allah Ta’ala menutupi kesalahannya tersebut, maka urusannya dengan Allah, jika Allah Ta’ala  mahu, maka Allah boleh jadi menghukumnya; jika Allah Ta’ala  mahu , maka Dia ampuninya.”

[Imam Bukhari,Imam Muslim, Imam Tabary]

 

Ke-2 :  Bai’at Untuk Pertahankan Rasulullah (Bai’atul Aqabah kedua)

 

Rasulullah membacakan ayat-ayat suci Al-Qur’an dan mengajak kepada Allah, berikan semangat  akan Islam, kemudian Baginda berkata : “Aku membai’at kamu melindungiku sebagaimana kamu melindungi wanita dan anak-anak kamu”.

[Imam Tabary- Tarikh Tabary, Imam Ibnu Ishaq-Sirah Ibnu Hisyam]

 

Ke-3 :  Bai’at untuk dirikan Solat dan Nasihat buat Muslim (Bai’atul Aqabah ketiga)

 

Berkata Sayydina  Jabir Bin Abdullah رضي الله عنها

“Aku telah berbai’ah kepada Nabi    untuk mendirikan solat, menunaikan zakat dan memberikan nasihat buat setiap Muslim.”

[Imam Bukhari]

 

Ke-4 :  Bai’at Untuk Jauhi Syirik, Keji dan Mungkar

Firman Allah:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ إِذَا جَآءَكَ ٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ يُبَايِعۡنَكَ عَلَىٰٓ أَن لَّا يُشۡرِكۡنَ بِٱللَّهِ شَيۡـًٔ۬ا وَلَا يَسۡرِقۡنَ وَلَا يَزۡنِينَ وَلَا يَقۡتُلۡنَ أَوۡلَـٰدَهُنَّ وَلَا يَأۡتِينَ بِبُهۡتَـٰنٍ۬ يَفۡتَرِينَهُ ۥ بَيۡنَ أَيۡدِيہِنَّ وَأَرۡجُلِهِنَّ وَلَا يَعۡصِينَكَ فِى مَعۡرُوفٍ۬‌ۙ فَبَايِعۡهُنَّ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُنَّ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬

“Wahai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahawa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatu pun dengan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka serta tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah Ta’ala  untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.”

[Al-Mumtahanah (60) : Ayat 12]


Ke-5 :  Bai’at Kepada Amir atau Khalifah atau Pemimpin yang Taqwa


Hadith Rasulullah :

Ubadah bin Samit  رضي الله عنها   berkata : Rasulullah       telah memanggil kami, lalu kami pun memberi Bai’at  kepada Baginda,  kemudian `Ubadah berkata: ”Di antara perkara yang diminta kami Bai’at adalah:  Kami berjanji mendengar dan mentaati (Rasulullah    ) dalam perkara yang kami suka atau benci, dalam keadaan kami susah dan senang, tidak mementingkan diri sendiri, tidak membantah terhadap Amir (Pemimpin atau Khalifah) dalam urusan-urusan kecuali kami melihat kekufuran terhadap Allah secara nyata dengan bukti yang terang dan jelas.”

[Imam Bukhari]

 

Rasulullah  bersabda:

“Dengar dan taat adalah wajib atas setiap orang muslim (kepada Pemimpin mereka) dalam perkara yang ia suka atau benci selama ia tidak disuruh berbuat ma’siat.  Apabila ia disuruh berbuat maksiat maka tidak wajib lagi ia mendengar dan mentaati.”

[Imam Bukhari]

 

Ke-6 :  Bai’at Berulang kali

 

Sabda Rasulullah  :

"Hai Salamah, tidakkah engkau berbai’at?" “Saya sudah pada Ba’iat yang pertama ya Rasulullah”  Jawabku. Maka Rasulullah    menjawab: "Lakukanlah juga pada Bai’at yang kedua!"

[Imam Bukhari]

 

Ke-7 :  Bai’at Untuk Jihad

 

Dari Anas   رضي الله عنها , Rasulullah   berangkat di suatu pagi yang dingin sedang kaum Muhajirin dan Ansar sedang menggali Khandaq (parit), lantas Rasulullah melantunkan sebuah bait syair; "Ya Allah, sesungguhnya kebaikan sejati adalah kebaikan akhirat, maka Ampunilah kaum Ansar dan Muhajir."  Serta-merta para Sahabat menyahut dengan bait syair; "Kita adalah yang berbai'at  kepada Muhammad untuk jihad sepanjang hayat."

[Imam Bukhari]

 

Hadith Rasulullah :

Ya'la bin Umayyah berkata; Aku datang kepada Rasulullah  bersama Abu Umayyah ketika hari penaklukan Makkah lalu aku berkata; “Wahai Rasulullah bai’atlah ayahku untuk berhijrah, kemudian Rasulullah  bersabda: "Aku membai’atnya untuk berjihad karena hijrah telah terputus."

[Imam An Nasai]

 

Ke-8 :  Bai’at Wanita

 

Hadith Rasulullah :

Dari ‘Urwah bahawa Aisyah رضي الله عنها telah memberitahu kepadanya mengenai Bai'at Rasulullah        kepada para wanita.  Beliau berkata; tidaklah Rasulullah  menyentuh tangan wanita sama sekali kecuali Baginda mengambil sumpah atasnya, maka apabila Baginda telah mengambil sumpah atasnya, Baginda berkata: "Pergilah, aku telah membai'at kamu semua!"

[Imam Abu Daud]

 

Ke-9 :  Bai’at Untuk Berkata Adil

Hadith Rasulullah :

Dari 'Ubadah bin Samit رضي الله عنها  beliau berkata: “Kami membai’at Rasulullah  untuk mendengar dan ta’at dalam keadaan sulit dan mudah, yang kami senangi maupun kami benci, dan tidak merebut kekuasaan dari pemiliknya, dan mengatakan keadilan di mana pun kami berada, tidak takut kepada celaan orang yang mencela.”

[Imam An- Nasai]


Ke-10 :  Bai’at Untuk Tidak Lari Medan Perang

Hadith Rasulullah :

“Jabir رضي الله عنها    berkata; Sesungguhnya kami membai’at Baginda Rasulullah untuk tidak lari dari perang.”

[Imam An-Nasai]


Ke-11 :  Bai'at kepada Warisatul Anbiya - Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

“Dahulu kaum Bani Isra’il dipimpin oleh para Nabi.  Setiap seorang Nabi meninggal dunia, maka diganti seorang Nabi lainnya.  Maka sesungguhnya tidak ada Nabi yang menggantikan setelah aku meninggal dunia, namun yang menggantikan-ku adalah khalifah-khalifah.  Maka mereka banyak mempunyai pengikut-pengikut”, Sahabat bertanya, “Wahai Rasul apa yang engkau perintahkan pada kami?” Rasulullah menjawab; “Laksanakan Ba'iat seperti Ba'iat pertama kali di hadapan mereka dan tunaikan hak-hak mereka, kalian mintalah kepada Allah yang menjadi bahagian kalian, karena Allah Ta’ala menanyakan tentang apa yang mereka pimpin.”

[Imam Bukhari, Imam Muslim]



....bersambung ke Fasal 8 Bai'at Kepada Mursyid yang Siddiq 

8.6 Kefahaman Yang Benar Terhadap Bai’at Di Zaman Rasulullah 

 ..........اِ نْ شَآ ءَ اللّه

No comments:

Post a Comment

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR - FASAL 8

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ FASAL 8: BAI'AT KEPADA MURSYID YANG ...