Friday, June 26, 2026

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR - FASAL 8

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



FASAL 8:

BAI'AT KEPADA MURSYID YANG SIDDIQ


sambungan...


8.6 Kefahaman Yang Benar Terhadap Bai’at Di Zaman Rasulullah 

 

Paparan berkenaan macam-macam Bai’at menjadi bukti jelas bahawa Bai’at di zaman Rasulullah  BUKAN semata-mata Bai’at untuk masuk Islam, tetapi meliputi hampir semua bentuk Keimanan, Ibadah dan Jihad.

Beberapa rumusan penting dari pemerhatian terhadap Bai’at Sahabat kepada Rasulullah  :

(1) Kesemua peristiwa Bai’at para Sahabat kepada Rasulullah , memberi petanda pentingnya Bai’at di dalam membangunkan jiwa Ummat kepada Keimanan dan Ketaqwaan.

 

(2)   Hati insan sentiasa berbolak-balik, ada kalanya baik bersemangat dan ada kalanya lemah tidak bermaya.  Maka Bai’at berulang-ulang atau memperbaharui Bai’at kepada Rasulullah  menjadi ledakan semangat baru kepada Mujahadah dan Perjuangan mendirikan Tauhid di dalam hati.

 

(3) Kesemua  Bai’at tersebut sama ada untuk mempertahankan IMAN atau bersungguh-sungguh di dalam IBADAH atau berjanji untuk mempertahankan Rasulullah , kesemuanya menuju matlamat yang SATU iaitu meninggikan Kalimah Allah bagi mencapai ke -Redhaan Allah. 


(4) Kefahaman yang benar terhadap keseluruhan Bai’at ini amat penting kerana ianya berkait dengan kesinambungan Bai’at yang berlaku setelah kewafatan Rasulullah .

    

(5) Barangsiapa ingkar akan wujudnya Bai’at kepada Khalifah-khalifah Rasulullah , yang taqwa setelah kewafatan Rasulullah , maka dia telah terang-terangan  menentang Allah dan Rasul-Nya. 




....bersambung ke Fasal 8 Bai'at Kepada Mursyid yang Siddiq 

8.7 Bai’at Berterusan Sampai Qiamat

  ..........اِ نْ شَآ ءَ اللّه


  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR - FASAL 8

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ FASAL 8: BAI'AT KEPADA MURSYID YANG ...