Tuesday, June 23, 2026

SYARAT MURSYID PEWARIS NABI YANG SIDDIQ - FASAL 6

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



FASAL 6:

MURSYID PALSU


sambungan....



Mursyid Palsu atau Sufi Palsu Pada Zaman Ini



Golongan-golongan tersesat dari Jalan Keruhanian yang disebutkan oleh Imam Jilani رضي الله عه , seperti di atas adalah golongan yang wujud pada zaman beliau.  Kelompok-kelompok ini terus wujud sehingga sekarang dan akan terus wujud sehingga akhir zaman kerana pada hakikatnya mereka adalah kelompok-kelompok yang mengikuti bisikan iblis La’natullah yang sedaya upaya menyesatkan menusia!

 

Pada zaman ini, sekurang-kurangnya 11 (sebelas) golongan yang telah menyelewengkan maksud Ilmu Ma’rifat dan menyamar seperti Ahli Ma’rifat dan Sufi sedangkan mereka ini sama seperti di atas termasuk golongan tertipu dan menipu daya.

 

(1) Golongan Silat Ma’rifat (Ma’rifat PALSU)

Golongan ini campur adukkan ilmu Silat dengan sebahagian amalan Toriqat lalu mengakuinya sebagai  Ma’rifat.  Tujuan mereka adalah memperoleh kekuatan fizikal melalui keruhanian.  Mereka melakukan meditasi atau ritual tertentu bagi memperoleh ilmu kebal.  Mereka gemar menunjuk-nunjuk berbagai kehebatan ilmu kebal seperti tetak tak lut, bengkokkan besi keras dengan jari dan lain-lain untuk memperlihatkan seolah-olah mereka benar.   Sedangkan perbuatan ini jelas kebatilannya.  Ini BUKAN Ma’rifat sebaliknya pertunjukan ilmu sihir.  Yang dikatakan Ma’rifat adalah Tauhid yang hakiki di dalam hati serta Ubudiyyah setulus hati. 

 

 

(2) Golongan Perawat Ma’rifat (Ma’rifat PALSU)

Kelompok ini lebih kurang serupa dengan Golongan no. (1) di atas iaitu mereka salah guna Ilmu Toriqat untuk kepentingan duniawi atau kerana memenuhi keseronokan nafsu.  Tujuan mereka bukan mengenal Allah dan Ubudiyyah tetapi mempunyai niat- niat yang menyimpang dan tujuan-tujuan lain selain Allah.


Perbezaannya dengan yang pertama tadi adalah bidang yang mereka ceburi.  Bidang kelompok ini adalah bidang perubatan dan rawatan.  Mereka menamakan diri mereka sebagai Perawat Ma’rifat  tetapi cara mereka adalah cara-cara bomoh atau dukun atau pawang.


 

(3) Golongan Ilmu Kebatinan Sesat

Ini adalah golongan yang berangan-angan mencapai maqam tinggi dan menganggap setiap suatu memadai dengan niat.  Tidak perlu susah payah melakukan ibadat.  Mereka mendakwa ibadat itu untuk orang maqam rendah. Mereka sudah mencapai maqam tinggi, maka tak perlu melakukan ibadat. Menurut dakwaan mereka yang batil lagi, orang yang sampai Maqam Tuhan tak perlu solat dan ibadah lain.


 

(4) Golongan Ilmu Haqiqat Palsu

Golongan ini sentiasa memandang haqiqat semata-mata.  Walaupun mereka minum arak, berjudi, tenung nasib atau lain-lain, bagi mereka  semua itu tidak salah kerana semua di-Taqdirkan.

 

(5) Golongan Asmaul Husna Tarik Rezeki

Mereka melakukan meditasi seperti yoga dengan tangan terbuka, lalu membaca Asmaul Husna tertentu untuk menarik rezeki dari Langit.  Mereka     mendakwa Rezeki Allah itu luas dan boleh diperoleh dengan cara meditasi. 


 

(6) Reiki, Kundalini, Cakra

  Golongan ini melakukan meditasi (cara orang kafir) mengaktifkan lataif-lataif sehingga mengaku boleh menerbitkan cahaya Lataif dan terus mengenal Allah.  Tidak syak lagi semua ini hanya mainan iblis kerana tak mungkin seseorang kenal Allah dengan jalan “meditasi” ajaran kafir.  Yang datang hanyalah jelmaan iblis dalam rupa Ulama atau Wali.


 

 (7) Golongan  Menyedut Tenaga dan Ruh Alam

Golongan ini mengambil konsep Reiki, Cakra, Kundalini dan lain-lain   sebangsa dengannya melakukan meditasi menyatukan tenaga dalam badan dengan tenaga alam, lalu mendakwa boleh membawa kepada Tuhan. Mereka mengambil konsep tersebut ubah suai dengan ayat Qur’an. Kemudian mendakwa boleh mencapai Ma’rifat.  Sangat besar penipuan mereka.


 

(8) Golongan Ilmu Tapak Tangan Ajaib

Ini adalah golongan yang amalkan wirid tertentu untuk menggeluarkan tenaga dari tapak tangan untuk penyembuhan penyakit.  Kata mereka tapak tangan mempunyai kuasa Kalimah Sakti yang berupaya sembuhkan berbagai penyakit.



 

(9) Pengkaji Toriqat dan Ma’rifat.

Golongan ini hanya sibuk mengkaji tanpa sebarang amal ibadah yang disyari’atkan.  Mereka mengkaji sendiri kitab-kitab sufi yang tinggi lalu berbahas menurut aqal dan nafsu mereka.

 

Mereka mendakwa maklumat berkenaan Toriqat yang ada padanya sahaja yang benar dan selain mereka sebagai sesat.  Mereka menuduh kaifyyat zikir  pada Toriqat yang Mu’tabar sebagai sesat sedangkan mereka hanyalah professor-profesor bodoh yang berbahas menurut pemikiran aqal yang sempit dan bisikan nafsu dan iblis.  Mereka tak pernah berguru dengan Pewaris Nabi yang Siddiq dan tak pernah menempuh sendiri perjalanan kepada Allah menurut Disiplin Ahli Ma’rifat, tetapi sangat berani mendakwa diri sebagai pemegang kebenaran.  Tiada syak lagi mereka adalah pasukan iblis yang membawa kekacauan kepada orang awam atau masyarakat Islam yang  masih di dalam kebingungan memahami Hakikat Agama.



 

(10)  Ilmu Martabat Tujuh sesat

 Golongan ini meniru Tujuh Tingkatan Ma’rifat menurut Ahlus Sunnah dan menyelewengkannya kepada kebatilan.  Mereka melukis rajah-rajah anggota kemaluan lelaki dan wanita lalu kaitkan-nya dengan Ma’rifat.  Menurut mereka sesiapa yang sudah menghafal dan memahami lukisan-lukisan tersebut, maka itulah haqiqat dan Ma’rifat.  Jelas sekali pembohongan dan kesesatan mereka.


 

 

(11) Golongan Mahdi palsu

Menuju Akhir Zaman, bangkit kelompok-kelompok di berbagai sudut dunia mengaku pemimpin mereka sebagai Imam Mahdi.  Kesemuanya sudah mati. Kesemua manusia yang mengaku Imam Mahdi semuanya sudah mati dan kumpulannya binasa, kecuali satu atau dua kelompok masih percaya pemimpin mereka yang sudah mati akan bangkit  menjadi Imam Mahdi. Pegangan mereka telah menyalahi Ijma’ Ulama, maka masuklah mereka ke dalam kelompok sesat.

 

Demikianlah sebahagian daripada kelompok-kelompok tersesat di dalam ilmu keruhanian yang wujud pada zaman ini. Kebanyakan kelompok ini mempunyai sifat-sifat kelompok sesat yang disebutkan oleh Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu.

 

Kebanyakan orang awam yang mencari-cari kebenaran atau mencari-cari kebahagiaan hidup tersalah masuk ke dalam kelompok-kelompok sesat ini kerana wujud “penyamaran” iaitu mereka menyamar sebagai Ahli Sufi dengan menggunakan istilah-istilah Ahli Sufi.  Anehnya, sebahagian daripada kelompok-kelompok sesat ini turut didokong oleh golongan terpelajar seperti Profesor dan cerdik pandai Agama.



.....bersambung ke Fasal 7

Panduan Mencari Mursyid ....... اِ نْ شَآ ءَ اللّه



No comments:

Post a Comment

SYARAT MURSYID PEWARIS NABI YANG SIDDIQ - FASAL 8

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ FASAL 8: PANDUAN MENCARI MURSYID YANG SI...