بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
FASAL 5:
TANDA-TANDA MURSYID PEWARIS NABI YANG SIDDIQ
Selain dari syarat-syarat seorang Mursyid yang Benar sebanyak 10 perkara, seperti yang telah kami huraikan, seseorang Mursyid yang Benar dapat dikenali dengan melihat dan merasai tanda-tandanya dari dalam hati. Maksudnya orang yang benar-benar ikhlas mencari Mursyid pembimbingnya akan dapat merasai tanda-tanda Mursyid ini dari dalam hatinya ketika dia bersama Guru tersebut atau ketika hadir di dalam mana-mana Majlisnya.
Pertama:
Apabila bersamanya, banyak ingatkan Allah. Bahkan hanya dengan melihat wajahnya terus
ingat Allah. Ini bukti paling kuat
benarnya dia Mursyid yang Siddiq (Benar) kerana seorang Mursyid yang Benar
membawa Cahaya Muhammad dan menyinarinya kepada murid-muridnya dan orang-orang
sekelilingnya. Tetapi hanya hamba-hamba
Allah yang suci hati mampu merasainya.
Kedua:
Apabila bersamanya, bertambah amal ibadah dan
kebaikan tanpa dipaksa-paksa.
Ketiga:
Apabila bersamanya, kemungkaran dan kekejian
tertolak dengan sendiri.
Keempat:
Apabila bersamanya, bertambah ilmu dan kefahaman
Agama yang benar menurut Ahlus Sunnah.
Kelima:
Setiap Kalimah yang diucapkannya akan membuat
hati takut kepada Allah.
Keenam:
Duduk di dalam Majlis-majlis beliau akan
mendatangkan keinsafan mendalam dan terasa kekurangan dan kehinaan diri.
Ketujuh:
Syirik Khafi — takabbur, ujub, riya, sum'ah lebur dengan sendirinya ketika hadir
bersamanya.
Kelapan:
Setiap ibadah bersamanya menjadi lebih khusyu'.
Kesembilan:
Setiap Majlisnya dipenuhi Rahmat sehingga terasa
sejuk hati berserta Allah.
Kesepuluh:
Apabila selalu bersamanya, hati semakin
mencintai Allah.
Ini antara penelitian yang boleh dijadikan
panduan untuk mengukur, menilai, mengenalpasti orang yang kita ingin jadikan
sebagai Guru pendidik atau pemimpin atau pembimbing itu baik untuk dunia
akhirat kita atau sebaliknya.
Tambahan Rahmat Allah Kepada Yang Sudah Bai’at
Semua tanda-tanda Mursyid yang disebutkan di
atas juga merupakan kesan-kesan yang akan dirasai oleh seseorang setelah
Berbai’at. Bahkan lebih daripada
itu. Sebagai tambahan, mereka yang sudah
Bai’at akan di-Kurniakan oleh Allah beberapa keistimewaan lain bagi kekuatan
Iman dan Ubudiyyah seperti yang berikut:
(1) Memperoleh limpahan ruhaniyah Gurunya, Masyaikh
dan Rasulullah ﷺ yang membuka
kepada pintu hidayah dan Tauhid. Dengan
demikian tetap hati pada Iman dan amal serta tetap hati pada Ahlus Sunnah Wal
Jamaah.
(2) Menolak segala was-was nafsu dan bisikan iblis
yang sentiasa menimbulkan keraguan di dalam hati.
(3)
Menolak gangguan jinn syaitan seperti histeria,
rasukan, sihir dan lain-lain.
(4) Membantu mengikis sedikit demi sedikit
sifat Mazmumah (kekejian) dan terbina sedikit demi sedikit
sifat Mahmmudah (terpuji).
(5)
Membantu hapuskan syirik-syirik khafi yang
merosak Iman dan cemarkan Ibadah.
(6)
Memperoleh kebahagiaan hati, kelapangan
hidup. Walaupun rezekinya sedikit namun mencukupi.
(7)
Khusyu’ di dalam Solat.
(8) Memimpin kepada pintu-pintu Ma'rifat, iaitu Tauhid yang suci murni. Dan inilah pokok faedah atau kepala keberuntungan bagi murid.
Memang benar, tidaklah semua kebaikan yang tersebut di atas itu datang sekaligus
tetapi berperingkat-peringkat, terutama kebaikan lebih istimewa seperti khusyu’ dalam solat,
hilangnya ujub, riya dan lain-lain akan datang beransur ansur. Tetapi sebahagian besar tanda-tanda kebenaran
seorang Mursyid dapat dirasai, ketika
awal-awal ingin Bai'at lagi. Bahkan
sebahagian orang yang bai'at, seketika bai’at itu juga mereka telah mendapat zauq
(pemerasaan hati) dan jazbah
(kedatangan Nur Allah).
.....bersambung ke Fasal 6....... اِ نْ شَآ ءَ اللّه
No comments:
Post a Comment