Tuesday, June 30, 2026

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR - FASAL 9

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



FASAL 9:

SISTEM TARBIYYAH dan TAZKIYYAH MURSYID 


9.4  Silibus Pendidikan Mursyid


Sebagai peringatan semula: 

Matlamat Mursyid adalah memimpin manusia Mengenal Allah, iaitu bertauhid kepada Allah dengan Tauhid yang hakiki dan Ubudiyyah kepada-Nya dengan tulus hati,  yang juga disebut Ma’rifat, sehingga menjadi hamba Allah yang benar-benar Bertaqwa, di-Redhai dan di-Kasihi Allah.

 

Yang dimaksudkan dengan "Jalan Ma'rifat" adalah "Jalan Rasulullah",  "Manhaj Pendidikan Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah " yang diwarisi turun-temurun oleh sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah daripada Junjungan Nabi , tanpa putus atau cacat cela, yang benar-benar terpelihara keaslian dan kesuciannya.

 

Proses pencapaiannya adalah melalui “penyucian hati” daripada sekalian kekotoran ma'nawiyyah ( Syirik khafi, Mazmumah, Ghaflah, Aghyar). Pembinaan jiwa-jiwa murni yang bercahaya dengan cahaya Ketuhanan, sehingga akhirnya mencapai Ma'rifat (tauhid yang hakiki, keimanan sejati) dan Ubudiyyah (perhambaan) setulus hati.

 

Sistem Pendidikan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq jauh beza dengan sekalian sistem Pendidikan ciptaan aqal manusia – perbezaannya bagaikan langit dan bumi.  Ini kerana Sistem Pendidikan mereka bersumber dari Cahaya Nubuwwah (Warisan Rasululullah kepada para Sahabat Ridhwanullah) dan dipindahkan kepada Pewaris-pewaris Nabi  seterus dan seterusnya dengan kaedah yang terpelihara keaslian dan kesuciannya sebagaimana kami huraikan sebelumnya.

 

Setelah kamu memahami hal demikian, maka fahamilah bahawa seluruh Manhaj Pendidikan Mursyid sentiasa berdiri teguh di atas Syari’at dan Toriqat Rasulullah serta di dalam Limpahan Cahaya Rabbaniyyah dan pimpinan Ruhaniyyah Rasulullah .  Ertinya mereka tidaklah melakukan sesuatu melainkan setiap langkah mereka di dalam pimpinan Allah dan Rasul-Nya.

 

Silibus Pendidikan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq meliputi kaedah dan latihan-latihan khusus yang diwarisi dari Nabi (Zahir dan Batin) bagi menyempurnakan matlamat tersebut.  Sebahagian daripada kaedah-kaedah tersebut disuratkan (ditulis di dalam kitab-kitab) tetapi sebahagian besar daripadanya tidak ditulis tetapi di dalam dada mereka (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq). 

 

Jika engkau bertanya mengapakah demikian? Maka jawapannya adalah : Sebahagian besar daripadanya tiada Bahasa untuk disuratkan kerana ia bersifat haqiqat.  Ia semata-mata limpahan keruhanian dari dada Pewaris Nabi ke dalam dada Salikin.

 

Sementara sebahagian lagi boleh disuratkan tetapi dilarang untuk menulisnya kerana rahsia Ketuhanan yang haram disebarkan pada umum dan akhir sekali untuk mengelakkan daripada manusia awam menyalahgunakan ilmu tersebut untuk tujuan-tujuan jahat.

 

Kaedah dan latihan khusus ini tertumpu kepada 3 bentuk yang juga merupakan 3 tingkatan Latihan:

Pertama         :   Zikrullah (berserta Solawat dan Taubat)

Kedua            :   Muraqabah

Ketiga            :   Musyahadah

 

Silibus bagi ketiga-tiga bentuk Latihan ini tersusun lengkap bermula dari peringkat Mubtadi (tingkatan permulaan), Mutawassit (pertengahan) dan Muntahi (tingkatan kesudahan).  Keseluruhan sistem ini hanya wujud pada Mursyid Warisatul Anbiya yang Siddiq,  sebahagiannya disuratkan (ditulis di dalam kitab-kitab atau risalah-risalah) dan sebahagian lagi hanya wujud di dalam dada Pewaris Nabi (tidak disuratkan atau ditulis), sebagai suatu rahsia Ketuhanan yang menjadi Amanah terbesar atas Pewaris Nabi. 

 

Rahsia-rahsia Ketuhanan ini hanya akan dilimpahkan kepada manusia-manusia Terpilih khusus oleh Allah, yang benar-benar layak menerimanya.

  

Pertama :  Zikrullah — 10 Tingkatan

 

(1) Zikir Lisan, lidah atau lafaz

Zikir ini adalah menyebut Ismuz - Zat (Nama-Nama Allah Yang Maha Agung)  dengan keluarkan suara serta ingatan di dalam hati sanubari.  Iaitu menyebut dengan lidah akan Kalimah "Allah Allah"  atau  La-Ilaha-Illallah atau menyebut  " Ya Hayyu Ya Qayyum", atau Ya Qahhar, Ya Latiff, atau Nama-nama Allah yang lain berulang-ulang.

 

(2) Zikir Qalbi

 

Semata-mata menyebut  atau  mengingat   Allah  di dalam hati sanubari tanpa lafaz lisan.

Atau dikatakan : Mengingat Allah terus-menerus di dalam hati sanubari.  Iaitu mengulang

ulang-ulang Kalimah Allah Allah di dalam hati sanubari tanpa suara.

 

(3) Zikir Lataif

(4) Zikir Nafi  Ithbat

(5) Zikir Wuquf Qalbi

(6) Zikir Nafas

(7) Zikir Ruhani

(8) Zikir Nurani

(9) Zikir Ruh

(10) Zikir Sirr

 

Setiap zikir di atas adalah Zikir Darjat (Zikir yang meningkatkan keimanan), yang mempunyai Syarat, Peraturan dan Kaifiyyat mengamalkannya. Cara-cara amalkannya akan diajar oleh Mursyid yang memimpinnya sesuai dengan peningkatan keruhanian seseorang murid.

 

Kedua :  Muraqabah — 7 Tingkatan

 

Maksud Muraqabah :  Merenung kepada Allah Ta'ala menurut kaifiyyat dan syarat-syaratnya. 

Atau dikatakan :  Menunggu petunjuk Allah pada lataif tertentu menurut syarat dan kaifiyyatnya.

 

Dalil Muraqabah:

 

Firman Allah Ta'ala:

 

وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلۡ إِلَيۡهِ تَبۡتِيلاً۬

"Sebut olehmu akan nama Tuhanmu dan renung olehmu kepada Tuhanmu dengan sebenar-benar renungan (muraqabah)"

[Al-Muzzaammil (73) : Ayat 8]


Tujuh Tingkatan Muraqabah:

(1) Muraqabah Ahadiyyah

(2) Muraqabah Ma'iyyah

(3) Muraqabah Aqrabiyyah

(4) Muraqabah Ma'budiyyah

(5) Muraqabah Mahabbah

(6) Muraqabah Zat Sarfi — 8 cabang

(7) Muraqabah Zat Mutlaq — 8 cabang

 

Ketiga :  Musyahadah — 6 Tingkatan


Maksud Musyahadah :  Memandang Zat Allah yang Laisa Kamithlihi Syai'un, mengikut syarat dan kaifiyyat tertentu.

 

Dalil Musyahadah:

 

Rasulullah bersabda:

 

أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

"Ihsan ialah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya.  Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia (Allah) melihat engkau"

[Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi, Imam Ahmad]

 

Enam Tingkatan Musyahadah:

 

(1) Musyahadah Mutlaq

(2) Musyahadah Mujalisah

(3) Musyahadah Mutoli'ah

(4) Musyahadah Mukafahah

(5) Musyahadah Muqobilah

(6) Musyahadah Mukasyafah

 


Peringatan (Amaran):

 

1.  Setiap Zikir, Muraqabah dan Musyahadah tersebut mempunyai adab, syarat, peraturan dan kaifiyyat tersendiri.  Semua ini adalah Ijtihad Ahli Ma'rifat berdasarkan Al Qur'an, Hadith dan Ijma Qias Ulama Mu'tabar. Rahsia-rahsia Zikir, Muraqabah dan Musyahadah tersimpan rapi di dalam diri Pewaris Nabi (Ahli Sufi atau Mursyid yang Siddiq).  Tidak diajar melainkan kepada mereka yang benar-benar sedia mematuhi adab-adab dan syarat-syaratnya.

 

2.   Murid yang telah sampai ke Maqam tertentu untuk amalkannya (sebagaimana diajar oleh Mursyidnya), maka dilarang keras sebarkan kaifiyyat tersebut kepada yang bukan ahlinya  dan dilarang mengajarkannya kepada murid lain melainkan disuruh oleh Mursyidnya. 

 

3.     Orang awam yang belum Bai'at dengan Mursyid yang Siddiq atau murid yang belum sampai ke Maqam tersebut dilarang keras amalkan mana-mana zikir atau Muraqabah atau Musyahadah.

 

4.  Murid yang sudah putus Bai'atnya, akibat beberapa pelanggaran, maka dia juga dilarang amalkannya.

 



....bersambung ke Fasal 9  Sistem Tarbiyyah dan Tazkiyyah Mursyid 

9.5  Proses Penyucian Hati

  ..........اِ نْ شَآ ءَ اللّه




No comments:

Post a Comment

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR - FASAL 9

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ FASAL 9: SISTEM TARBIYYAH dan TAZKIYYAH...