بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
FASAL 1 :
DEFINISI MURSYID
Definisi
Menurut Bahasa
Perkataan Mursyid berasal dari
bahasa Arab مُرْشِد
- رَشَدَ - يَرْشُدُ (rashada – yarshudu -
Mursyid) yang membawa pengertian “memimpin”, “membimbing”, “menunjukki jalan
benar, menunjukki jalan lurus, memimpin kepada jalan yang di-Redhai Allah”.
Definisi
Menurut Istilah
Menurut Istilah Syara', Mursyid
adalah sebenar-benar Warisatul Anbiya (Pewaris Nabi ﷺ), yang di-Pilih Khusus oleh Allah Ta’ala
bagi mewarisi keseluruhan Agama dari Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ, meliputi
zahir dan batin Baginda menerusi satu rantaian perpindahan Ilmu yang
dipanggil Silsilah Rasulullah ﷺ dan di-Teguhkan kedudukan mereka dengan
berbagai Kurnia Allah Ta’ala yang istimewa sehingga mereka mampu menunaikan
Amanah Allah atas muka bumi sebagai Khalifah Allah dan Pewaris Junjungan Besar
Rasulullah ﷺ.
Dalil awal bagi keterangan ini adalah Kalam Allah Yang Maha Tinggi.
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ
ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ
وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ
ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
“Kemudian
Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami Pilih
dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim
kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran Al-Quran) dan di
antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului
(orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang
besar (dari Allah semata-mata)”
[Faathir (35) : Ayat 32]
Penjelasan
Tambahan
Berikut adalah beberapa penjelasan tambahan kepada
Definisi Mursyid yang Siddiq.
Penjelasan 1 :
Tafsiran Al-Imam Sulton Auliya
Menurut tafsiran Ulama Ahlus Sunnah bagi Firman
Allah [Faathir (35) : Ayat 32] yang dimaksudkan dengan “Kitab” adalah
Al-Qur’an, dan maksud ayat “yang Kami Pilih dari kalangan hamba-hamba Kami”
adalah ditujukan kepada Mursyid yang benar-benar kenal Allah dan telah mencapai
Ma’rifat yang tinggi, iaitu mencapai martabat Tauhid yang hakiki. Mereka adalah Pilihan Allah yang khusus bagi
memimpin Ummat Islam setelah kewafatan Rasulullah ﷺ.
Berkata Sulton Auliya Imam Jilani Radhiallahu
anhu:
“Orang-orang yang berilmu dan hikmah ( Mursyid -
Ahli Sufi - Ahli Ma'rifat) adalah hamba Allah yang sejati yang dipilih-Nya
untuk menerima “Risalah-Risalah dari
pengajaran-Nya”. Allah Ta'ala
melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi
manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan
yang halus dan dengan aqal yang bijaksana (Kehalusan Ma’rifat atau disebut juga
kasyaf Ilahiyyah). Allah memuji mereka
yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya:
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ
فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ
بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
[Tamat petikan kitab : Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]
Penjelasan
2 : Mursyid Adalah Pilihan Allah
“diwarisi oleh orang-orang yang Kami Pilih dari
kalangan hamba-hamba Kami.”
Penjelasan 3 : Pilihan Allah Diketahui Oleh Gurunya Yang
Arif
Jika ditanya
bagaimanakah Pilihan Allah ini diketahui oleh Gurunya?
Jawapannya : Pilihan
Allah ini diketahui oleh Gurunya yang benar-benar Arif, melalui Petunjuk Allah
ke dalam hatinya, iaitu disebut sebagai Kasyaf, Khitob Sirri, Firasat atau
Ilham Rabbaniyyah. Gurunya
tidak akan tertipu dengan bisikan-bisikan nafsu atau syaitan kerana beliau
sudah mengenal Allah dengan keyakinan yang sempurna dan sangat mahir mengenal
segala bisikan-bisikan jahat yang datang dari jinn atau syaitan.
Penjelasan 4 : Sebab-sebab Masyaikh Ahlus Sunnah Menggunakan
Istilah “Mursyid”
Ulama Ahlus Sunnah
memilih istilah “Mursyid” bagi menunjukkan Ulama Pewaris Nabi yang sebenar
kerana berlaku berbagai penyelewengan dan pendustaan di kalangan Ummat
berhubung dengan Istilah “Ulama”. Istilah “Ulama” atau “Khalifah” atau
istilah-istilah lain yang sudah diketahui umum telah disalah guna oleh Ulama
As-su (ulama jahat), Ulama dunia, Ulama nafsu dan Ulama sesat, sama seperti
yang dilakukan oleh pendeta-pendeta Yahudi.
Mereka mentafsirkan Al-Qur’an mengikut selera hawa nafsu mereka. Mereka menjual Ayat-ayat Allah dengan “harga
yang murah”. Mereka mengubah-ubah Ayat Qur’an demi mencapai dunia yang hina.
Menyedari hal ini,
Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq, yang benar-benar berdiri pada Manhaj Al-Qur’an
dan Sunnah Rasul ﷺ membentuk pola hidup,
prinsip dan sistem tersendiri berdasarkan Al-Qur’an, Sunnah dan Ijma Qias
Ulama. Mereka telah memperkenalkan
istilah-istilah tersendiri agar terbeza dengan golongan-golongan yang telah
menyimpang dari Jalan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Mereka memperkenalkan istilah “Mursyid”,
“Ahli Sufi”, “Ahli Ma’rifat”, “Ulama Billah”
untuk merujuk kepada Ulama Pewaris Nabi yang benar-benar menepati
pendirian Ahlus Sunnah.
Kenyataan hal tersebut dapat
diperhatikan daripada penegasan Imam-imam Besar Ahlus Sunnah di dalam
tulisan-tulisan mereka, di antaranya:
Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani, Imam Ghazali, Imam Asy-Syazili,
Imam Rifa’ie, Imam Fakhruddin Ar-Razi, Imam Junaid Al-Baghdadi, Imam
Asy-Sya’rani, Imam Qusyairi, Imam Ibnu Abidin, Imam Ibn Hajar Al-Haythami Ridhwanullahi
Alayhi Ajma’in menggunakan istilah “Mursyid” atau “Ahli Sufi” atau “Ahli
Ma’rifat” untuk merujuk kepada Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq (Benar).
Berikut beberapa
contoh penegasan Ulama Besar Ahlus Sunnah yang menggunakan istilah Mursyid,
Sufi, Ahli Ma’rifat untuk merujuk kepada Ulama Pewaris Nabi yang sebenar:
Berkata
Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
"Hati adalah
ladang akhirat. Tanamlah benih Keimanan
dalam hati kamu. Sirami dan bajai ia dengan amal-amal kebajikan yang
berterusan. Jika hati kamu baik, suci
bersih dan teguh, ianya akan subur dan menghasilkan tuaian yang sangat
banyak. Sebaliknya jika hati kamu keras
dan degil, ruh kamu menjadi tandus,
kering-kontang dan tiada tanaman mampu tumbuh atasnya. Pelajarilah Ilmu pertanian dari
"peladang" yang mahir, iaitulah Mursyid. Jangan kamu fikir pendapat kamu itu sudah cukup
(untuk penanaman sedang kamu jahil tentang ilmu pertanian).
Rasulullah ﷺ
telah berwasiat, "Mohonlah pertolongan pada setiap pekerjaan dari
pakarnya. (Orang yang pakar di dalam
Agama adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq – pent.)"
[Fathur-Rabbaniy Wa Faidur-Rahmaniy]
Berkata Imam Al-Ghazali Radhiallahu anhu:
[Ihya
Ulumuddin]
Berkata
Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallahu anhu:
“Seorang murid tidak
memiliki jalan untuk sampai ke maqam-maqam Hidayah (Iman, Taqwa, Tauhid yang suci murni) dan Mukashafah, kecuali dia mengikuti
Mursyidnya yang menunjukkannya ke jalan yang lurus serta menghindarkannya dari
titik-titik kesalahan dan jalan yang sesat.”
[Tafsir Mafatih
Al-Ghaib]
Penjelasan
5 : Keberadaan Mursyid Adalah Kemestian
Kewujudan Mursyid
Pewaris Nabi yang Siddiq adalah suatu kemestian pada setiap zaman. Mereka tetap akan wujud dengan Kemurahan
Allah sampai Qiamat. Ertinya Allah
Ta’ala pasti menzahirkan Mursyid Pewaris Nabi pada setiap zaman dan wilayah
bagi memelihara kesucian Agama-Nya dan menunjukki manusia “Jalan Lurus”, “Jalan
Kebenaran”, “Jalan Rasulullah yang benar” serta menjauhkan mereka daripada
kesesatan.
Tanpa pimpinan
Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (Benar) manusia tidak mampu mengenal Allah
dengan pengenalan yang hakiki, bahkan sebaliknya mereka akan jatuh kepada
kefasikan, kesesatan dan kekufuran tanpa mereka sedari.
Mereka akan mengikut jalan-jalan kebatilan yang diwujudkan oleh iblis dan
manusia-manusia jahat. Mereka akan
mengikut Ulama As-su, Ulama nafsu, Ulama politik keji dunia seperti yang
berlaku pada zaman ini. Wal Iyazubillah.
..... bersambung ke Fasal 2.......اِ نْ شَآ ءَ اللّه
No comments:
Post a Comment