Penulis
dan Penyusun:
Shaikh Sayyid
Abu Tohir bin Shaikh Ibrahim
Mursyid
Silsilah Toriqah Naqsyabandiah Kholidiyyah
(Silsilah ke-37 dikira mulai Junjungan Besar Rasulullah
ﷺ)
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ
وَالْمَعْرِفَة
وَالْاِسْتِقاَمَةَ عَلَى الشَّرِيْعَةِ وَالطَّرِيْقَةِ رَسُولِ اللهِ
صَلَّى اَللّه عَلَيهِ وَسَلَّم
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا
أَغْلَقَ الْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ اَلنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِي
إِلَى صِرَاطِكَ الْمَسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمٌَ
MUQADDIMAH
Segala puja dan puji
bagi Allah, Tuhan Yang Memerintah sekalian Alam Semesta. Solawat dan Salam kasih kepada Junjungan
Besar Sayyidina Wa Maulana Muhammad ﷺ yang menerangi seluruh alam dengan Sirr (Rahsia
yang sangat mendalam) yang Allah Ta’ala Kurniakan kepada Baginda. Salam Kasih juga kepada Ahlul-Bayyit
Baginda yang mulia, para Sahabat Baginda dan sekalian Pewaris Nabi yang
terpilih, yang dilimpahi Cahaya Rabbaniyyah serta Cahaya Nubuwwah
yang memakmurkan bumi dan langit dengan Kalimah Allah sampai Qiamat.
Ulama Mu’tabar,
Imam-Imam Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah telah sepakat bahawa mencari
Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (Benar), adalah fardhu ‘Ain atas setiap Muslim
bagi keselamatan Agamanya dan bagi mencapai Keimanan Sejati, serta menjauhi
jalan-jalan kesesatan. Tanpa pimpinan
Mursyid yang Siddiq, seseorang Muslim tidak akan mampu mencapai Keimanan
Sejati, bahkan lebih bahaya lagi mereka akan terjerumus kepada kesyirikan
(syirik khafi), kekejian, kesesatan, kefasikan dan kekufuran. Wal Iyazubillah.
Bukti bagi kenyataan
ini amat jelas di dalam sejarah Ummat ini sendiri. Setelah kewafatan Junjungan Rasulullah ﷺ, orang-orang Islam mula berpecah-belah
daripada Jalan sebenar Rasulullah ﷺ. Satu-satunya golongan yang berdiri teguh
dengan Manhaj Al-Qur’an dan Sunnah Nabi ﷺ hanyalah satu Golongan iaitu Ahlus Sunnah
Wal Jama’ah.
Fahami hal ini dengan
pandangan yang tajam, kerana ramai orang Islam keliru berkenaan permulaan
Generasi Ahlus Sunnah sekali gus permulaan bagi Generasi Mursyid Pewaris Nabi
yang Siddiq.
Biar kami ulangi
kenyataan ini dengan tegas: Satu-satunya
golongan yang tetap berpegang kepada Al-Qur’an dan Sunnah Baginda dan tidak
pernah berpisah dari Jalan Utama Wahyu hanyalah satu golongan, iaitu Ahlus
Sunnah Wal Jama’ah yang dipelopori oleh para Sahabat Ridhwanullah yang
memperoleh Petunjuk Allah, khususnya Khulafa Ar-Rasyidin, Sayyidina Abu
Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali Ridhwanullah
Alayhi Ajma’in. Merekalah Penunjuk
Jalan Lurus dan Jalan Kebenaran. Merekalah Generasi Mursyid Pewaris Nabi yang
pertama bagi Ummat ini.
Mereka diberi gelaran
“Ar-Rasyidin” kerana merekalah yang
menunjukki jalan lurus, jalan sebenar Kembali kepada Allah. Daripada merekalah mengalir ilmu Agama yang
suci murni, zahir dan batin, turun-temurun daripada satu Generasi Mursyid
Pewaris Nabi yang Siddiq kepada Mursyid Pewaris Nabi berikutnya sehingga
Qiamat.
Golongan yang
berpecah-belah dari Jalan Kebenaran (Jalan Ahlus Sunnah) ini kemudian membentuk
jamaah-jamaah tersendiri. Mereka
mewujudkan kelompok-kelompok yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah. Di antaranya
Syi’ah (rafidhi), Khawarij (wahhabiyyah sekarang), Mu’tazilah, Jabariyyah,
Mujassimah, Musyabbihah dan lain-lain berjumlah 72 golongan.
Sebahagian lain
membentuk firqah-firqah sesat di dalam ilmu keruhanian. Tidak kurang juga
orang-orang Islam awam ini terpengaruh dengan falsafah-falsafah Yunani dan
Parsi lalu mencampur adukkannya ke dalam ajaran Islam yang murni, maka
terbentuklah berbagai aliran pemikiran politik yang condong kepada sistem
kafir.
Al-Imam Sulton Auliya
Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu anhu, menjelaskan 72 Golongan yang
terkeluar dari Aqidah Ahlus Sunnah yang benar (tulen). Golongan ini pada umumnya hanya berpegang
kepada Syari’at tetapi ingkar kepada Toriqat Rasulullah ﷺ. Ertinya mereka
mengambil sebahagian Ajaran Islam dan ingkar akan sebahagian lainnya. Wal Iyazubillah.
Kemudian beliau
senaraikan lagi 11 kelompok orang Islam yang sesat di dalam keruhanian, iaitu
sufi PALSU. Golongan ini mengakui
Toriqat Nabi dan Ilmu Tasawwuf, tetapi mereka telah menyelewengkannya kepada
kebatilan dan kesesatan.
Wal Iyazubillah.
Pada zaman-zaman
kemudiannya muncul lagi berbagai fahaman sesat di kalangan Ummat Islam, di
antaranya yang dapat disaksikan pada zaman ini; fahaman Wahhabiyyah (Khawarij),
Syi’ah (rafidhi), Liberal, Sekular, Demokrasi, Sosialis, Kapitalis, Komunis dan
lainnya.
Di sisi keruhanian
muncul pula golongan Batiniah, Haqiqat Palsu, Reiki, Budi Suci, Asmaul Husna
Tarik Rezeki, Tapak Tangan Ajaib, golongan “Pengkaji Toriqat” yang sibuk
mengkaji tanpa amal, “Pencari Karomah” yang berbangga-bangga dengan berbagai
keajaiban, bahkan banyak lagi golongan serpihan-serpihan yang masing-masing
mencipta pendapat sendiri mengikut nafsu dan pendapat aqal mereka serta bisikan
syaitan.
Ringkasnya, kami
tegaskan :
Setelah kewafatan
Rasulullah ﷺ,
Ummat Islam berpecah-belah dari Jalan Rasululullah ﷺ
yang sebenar, satu-satunya golongan benar yang tetap berpendirian teguh pada
Jalan Allah dan Rasul hanyalah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang dipimpin oleh
Pewaris Nabi yang sebenar yang dinamakan “Mursyid”. Istilah Mursyid diambil sempena gelaran
kepada Sahabat Empat ….“Khulafa’ Ar-Rasyidin”. Iaitu مُرْشِد - رَشَدَ - يَرْشُدُ
(rashada – yarshudu - Mursyid) yang membawa pengertian: “memimpin”,
“membimbing”, dan “menunjukki jalan lurus, menunjukki jalan kebenaran dan
kesucian".
Ertinya Ahlus Sunnah Wal
Jama’ah tidak pernah berpisah dari Manhaj Utama yang diwariskan oleh
Rasulullah ﷺ
kerana mereka sentiasa di dalam Pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang sebenar,
sedangkan golongan lain adalah golongan serpihan yang faraq (memisahkan
diri) dari Jalan Utama Warisan Rasulullah ﷺ
(Ahlus Sunnah Wal Jama’ah), lalu mencipta jalan-jalan sendiri yang batil dan
sesat.
Di sini kita dapat
memahami dengan jelas… Faktor utama penyimpangan orang-orang Islam dari Jalan
Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, (Warisan Rasulullah ﷺ
yang sebenar) dan jatuh kepada firqah, ideologi dan doktrin-doktrin
sesat adalah kerana TIDAK berpegang kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
yang benar-benar mewarisi Nabi zahir dan batin serta menepati syarat-syarat
sebagai Pewaris Nabi yang Siddiq.
Menyedari hal ini,
maka inilah kami sajikan kepada Ummat Islam risalah ringkas ini berkenaan
“Mursyid Pewaris Nabi Yang Sebenar” yang menjelaskan beberapa perkara
terpenting berkenaan mereka, iaitu : Definisi, Dalil-dalil,
Syarat Mursyid Pewaris Nabi yang Sebenar, Tanda-tanda kebenaran beliau,
Cara-cara mencari dan berpegang kepada beliau untuk mencapai kejayaan dunia
akhirat. Di samping itu kami
sertakan penjelasan berkenaan Mursyid-mursyid PALSU yang menyamar sebagai
Mursyid untuk mengaut keuntungan duniawi atau memperoleh populariti atau
kemegahan atau lain-lainnya.
Kesemua penjelasan
ini berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah, Al-Qur’an, Hadith Rasulullah ﷺ berserta Tafsir dan Syarahnya oleh Ulama
Mu’tabar yang terpercaya sepanjang zaman.
Moga bermanfaat bagi seluruh Ummat.
Allah jua Maha
Berkuasa Mengurniakan Hidayah dan Taufiq.
No comments:
Post a Comment