بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
FASAL 2 :
FAKTA-FAKTA PENTING BERKENAAN MURSYID
sambungan.....
Fakta 13 : Maqam Taqwa, Qurbah dan Mahabbah
Fakta 14 : Kasyaf dan Khitob
Sesungguhnya Kasyaf hakiki ini hanya di-Kurniakan oleh Allah Ta’ala kepada hamba-hamba Pilihan-Nya yang telah sampai ke Maqam Hadratul Quddus, atau disebut sebagai Maqam Mukasyafah Zat, terbuka kepada melihat Wajah Allah Yang Laisa Kamithlihi Syai’un.
Maksud Kasyaf
yang kami sebutkan adalah kasyaf hakiki, iaitu terbuka hati dan ruh dan sirr
(rahsia yang sangat mendalam) kepada Allah Ta’ala. Melalui Kasyaf hakiki ini seorang
Mursyid akan membimbing Ummat manusia kepada Allah dengan selamat.
Mursyid mengetahui penyakit-penyakit hati, kekejian dan syirik (syirik
khafi) yang sedang mencengkam hati murid, sehingga binasa segala amalnya
dan rosak Imannya. Kebanyakan manusia tidak
mengetahui penyakit-penyakit hati, nafsu-nafsu kejahatan dan bisikan-bisikan
syaitan yang sedang berusaha menariknya kepada kesesatan.
Di sinilah peranan Mursyid merawat dan membaiki kerosakan-kerosakan hati
murid yang membawa kepada kerosakan Iman dan binasa segala amalnya. Dan seterusnya menjadi benteng dan perisai
bagi murid agar dia selamat daripada segala gangguan yang membinasakan.
Ada pun kasyaf
hissi atau disebut kasyaf suri kepada hamba Allah yang
mencapai Maqam Mukasyafah yang tahqiq adalah sebagai tambahan
Ni’mat kepada mereka demi memelihara Agama daripada ancaman manusia fasiq,
kafir dan jinn syaitan. Ia bukan
matlamat Mursyid dan tidak termasuk Syarat Mursyid.
Ungkapan lain bagi Kasyaf
Hakiki ini adalah “Ma’rifat Tauhid Zat” atau “Maqam Mukasyafah” atau disebut “Maqam
Ihsan” sebagaimana Isyarat Hadith
Junjungan Rasulullah ﷺ.
Rasulullah
ﷺ bersabda:
أَنْ
تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ
[Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi, Imam
Ahmad]
Inilah pengertian
sebenar Kasyaf. In shaa Allah
akan datang penjelasan lanjut berkenaan Pengertian Kasyaf menurut Ahlus
Sunnah yang benar.
Fakta 15 : Menerima Didikan Guru Yang Arif Pada Waktu Yang
Panjang
Dengan demikian,
pengakuan beberapa orang yang mendakwa mereka sudah menjadi Mursyid hanya
dengan Suluk beberapa hari adalah batil dan tertolak kerana jelas menunjukkan
pembohongannya. Dia adalah Mursyid
PALSU. Lazimnya Guru PALSU ini berselindung dengan alasan Allah Maha Berkuasa
melantik siapa sahaja untuk menjadi Mursyid walaupun dia tak mujahadah. Jawapan
ringkas bagi menjawab dakwaan batil Mursyid PALSU ini adalah:
(1) Rasulullah ﷺ dipimpin oleh Jibril.
Rasulullah ﷺ adalah manusia paling Agung, insan Al-Kaamil yang suci
bersih dan sudah pun mengenal Allah dengan tahqiq, namun Allah Ta’ala Taqdirkan
Jibril menjadi pemimpin Rasulullah ﷺ
sebagai I’tibar bagi sekalian Pewaris Nabi kemudiannya, bahawa setiap Pewaris
Nabi yang Benar adalah mereka terlebih dahulu mujahadah pada waktu yang lama
dengan pimpinan Guru mereka yang Arif (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq).
(2) Para Sahabat dipimpin oleh
Rasulullah ﷺ
selama 13 tahun di Makkah sebelum menerima Perintah Allah untuk Hijrah dan
berjihad dengan kekuatan senjata – sebagai isyarat penting bahawa para Sahabat
Ridhwanullah telah menempuh proses pendidikan hati yang sangat lama.
(4) Sekalian Ulama Ahlus Sunnah yang
sangat ‘alim sekali pun, seperti Al-Imam Shaikh Abdul Qodir Jilani, Imam
Syazili, Imam Rifa’ie dan lainnya
mujahadah pada waktu yang sangat panjang (lama masanya) sebelum mereka
diangkat oleh Allah menjadi Pewaris Nabi.
Setiap hal yang berlaku ke atas manusia dan alam
seluruhnya mempunyai peraturan, panduan dan sistem tertentu. Allah Ta’ala bukan berbuat sesuatu seperti
manusia bodoh yang berbuat sesuatu tanpa peraturan.
Akan datang
penjelasan lanjut berkenaan Syarat-syarat Mursyid Pewaris Nabi yang Benar. In Shaa Allah.
Pada setiap zaman,
berlaku dua macam Pemerintahan di atas muka bumi:
Pertama : Pemerintahan
Kerajaan Ahli Ma'rifat
Kedua : Pemerintahan
Kerajaan Duniawi
Ertinya Pemerintahan Kerajaan Ma’rifat sentiasa
dipimpin oleh hamba-hamba Allah yang telah disucikan batin mereka daripada
sebarang bentuk kesyirikan atau kekejian dan dinaikkan maqam mereka ke Maqam
Quddus - sentiasa muwajihah akan Allah Ta’ala (memandang Wajah
Allah). Mereka sentiasa di dalam keadaan
ubudiyyah dan ketaatan zahir batin.
Mereka menjunjung tinggi hukum-hakam Syari’at Allah dan adab-adab
Ma’rifat. Sedangkan Kerajaan Duniawi adalah Kerajaan
negara bangsa yang mentadbir urusan kehidupan manusia. Kerajaan Duniawi ini ada kalanya dikuasai dan diperintah oleh hamba-hamba Allah
yang bertaqwa. Mereka adalah Ahli
Ma’rifat dan Kekasih Allah dari Kerajaan Ma’rifat sebagaimana disebutkan di
atas. Pada ketika yang lain ia dikuasai dan diperintah oleh
manusia fasiq, sesat, munafiq atau kafir.
Ringkasnya
kami katakan di sini…
Rasulullah ﷺ dan Khulafa Ar-Rasyidin memerintah
kedua-dua Kerajaan, iaitu kerajaan Ma’rifat dan Kerajaan Duniawi. Pada hayat mereka masing-masing, merekalah
yang memerintah Dunia Ma’rifat dan pada masa yang sama mereka juga menjadi
Khalifah Kerajaan Dunia yang menguruskan kehidupan manusia menurut
Undang-Undang Allah. Inilah Kerajaan yang dipenuhi
Limpahan Rahmat Allah, Limpahan Cahaya Keimanan, Petunjuk Allah dan Kasih-Nya.
Masyarakat Arab dan dunia seluruhnya diliputi
keamanan. Namun setelah kefawatan
Sayyidina Ali Karramallahu wajhah, Kerajaan Duniawi tidak lagi
diperintah oleh Ahli Ma’rifat.
Mereka mengasingkan diri dari perebutan kuasa oleh manusia-manusia tamak
dan gila kuasa. Mereka hanya menumpukan
kepada usaha pembinaan insan-insan yang bertaqwa menurut Kehendak Allah dan
Rasul-Nya.
Zaman pemerintahan yang zalim, kufur dan keji ini
telah pun diberi gambaran oleh Junjungan Rasulullah ﷺ
bahawa akan datang zaman-zaman yang dipenuhi dengan kezaliman – manusia
diperintah oleh Pempimpin-pemimpin zalim, fasiq dan kafir.
Rasulullah ﷺ
bersabda:
“Fasa Nubuwwah (Pemerintahan Kenabian) akan
berlangsung pada kalian, atas kehendak Allah (beberapa tahun). Kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia
Kehendaki. Kemudian pemerintahan Khilafah
'ala Minhaj-An-Nubuwwah (Pemerintahan yang mengikuti jejak Baginda), yang
ada atas Kehendak Allah. Kemudian Allah
mengangkatnya atas kehendak-Nya. Kemudian Mulkan Addhan (Kekuasaan
menggigit) yang ada atas Kehendak Allah.
Kemudian Allah mengangkatnya atas kehendak-Nya. Kemudian akan ada Mulkan Jabriyyan
(Pemerintahan memaksa, diktator, pembesar-pembesar yang keras kepala) yang ada
atas Kehendak Allah. Kemudian Allah
mengangkatnya atas kehendak-Nya.
Kemudian akan ada Khilafah 'ala Minhaj-An-Nubuwwah (Pemerintahan
yang menempuh jejak Kenabian), kemudian
Nabi ﷺ diam.”
[Imam Ahmad]
Ini suatu fakta Agung berkenaan
Pemerintahan Kerajaan Ma’rifat atau disebut Majlis Wali-Wali:
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu
anhu:
"Ilmu tersebut (iaitu Ilmu Rahsia yang tersangat rahsia)
dimasukkan kepada Nabi ﷺ pada malam Baginda Mi'raj kepada
Tuhannya. Rahsia itu tersembunyi di
dalam diri Baginda di balik tiga ribu tabir hijab. Baginda tidak membuka rahsia tersebut
melainkan kepada sebahagian pengikut Baginda yang sangat cinta dengan
Baginda. Melalui penyebaran dan
keberkatan rahsia inilah Islam akan terus memerintah sehingga ke hari
Qiamat."
[Sirrul Asrar]
Ini bermakna pada
hakikatnya Islam tak pernah jatuh. Tidak
pernah mundur. Tidak pernah musnah. Keagungan Islam tetap bersinar dengan Pemerintahan
Kerajaan Ma’rifat yang ditadbir oleh sekalian Mursyid Pewaris Nabi, dan ini
akan tetap berterusan sampai Qiamat.
Adapun Islam yang
kelihatan pada zahirnya jatuh bangun dan musnah, itu adalah Kerajaan Duniawi
yang zahir yang mentadbir kehidupan manusia. Apabila negara bangsa dikuasai dan
diperintah oleh pemimpin-pemimpin fasiq, zalim atau kafir, lalu diikuti oleh rakyatnya….
maka runtuhlah segala peradaban Agama, runtuhlah nilai-nilai kemanusiaan,
runtuhlah Tauhid dalam diri mereka sehingga mereka hidup bagaikan haiwan yang
tiada peraturan, undang-undang dan adab.
......bersambung Fakta 17....... اِ نْ شَآ ءَ اللّه
No comments:
Post a Comment