بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
FASAL 9:
SISTEM TARBIYYAH dan TAZKIYYAH MURSYID
Setelah membaca dan
mengamati risalah berkenaan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq seperti yang kami
paparkan di atas, sudah tentu ramai tertanya-tanya bagaimana rupa Sistem
Tarbiyyah dan Tazkiyyah Mursyid, Manhaj (silibus) Pendidikan
beliau, serta Marhalah (Tingkatan-tingkatan) dan keseluruhan Wasail
(jalan) yang akan ditempuh oleh hamba-hamba Allah yang masuk ke Jalan Ma’rifat
Ilahiyyah, iaitu Jalan Rasulullah ﷺ yang
sebenar mendidik para Sahabat menjadi hamba-hamba Allah yang bertaqwa,
di-Redhai dan di-Kasihi Allah.
Sebelum
kami jelaskan hal tersebut, setiap orang Islam wajib memahami bahawa Sistem
Warisan Rasulullah ﷺ ini jauh berbeza dengan
Sistem Pendidikan yang dikenali oleh manusia dari Timur maupun Barat, kuno atau
moden, orang ‘Arab atau ‘Ajam. Termasuk
di dalam perkataan kami ini adalah golongan cerdik pandai Agama yang moden atau
Pemimpin berbagai Jemaah Islam yang mencipta Sistem Pendidikan baru, namun
semuanya gagal membentuk jiwa-jiwa manusia yang bertaqwa. Sebaliknya sekalian sistem yang mereka cipta
melahirkan manusia-manusia angkuh, megah, cinta dunia, cinta pangkat dan
kedudukan, utamakan nafsu kepentingan
diri. Sistem ini juga melahirkan Ahli
politik dan Pemimpin-pemimpin yang rakus, tamak, gemar fitnah memfitnah, adu
domba sehingga bunuh berbunuhan kerana menagih pangkat, kedudukan dan kemewahan
dunia.
Ketahuilah,
Sistem
Warisan Rasulullah ﷺ yang ada pada tangan Mursyid Pewaris Nabi
yang Siddiq adalah satu-satunya Sistem Rabbani yang sempurna bagi
membangunkan jiwa manusia yang benar-benar Taqwa dan membangunkan Masyarakat
dan Negara yang di-Redhai Allah.
Sekalian
Masyaikh Ahlus Sunnah yang mewarisi Nabi ﷺ mengakui
hakikat ini.
Di
antara fatwa Ulama Mu’tabar yang sangat masyhur dan menarik adalah kata-kata
Imam Ghazali Radhiallahu anhu setelah beliau menempuh sendiri Jalan Ma’rifat
dan bersuluk (khilwah, uzlah). Fatwa beliau amat terkenal di kalangan Ulama
Ahlus Sunnah kerana beliau telah menempuh dua fasa kehidupan dan perjuangan:
Fasa
Pertama:
Kehidupan
dan Sistem Pendidikan awam, iaitu berdasarkan pemikiran manusia.
Fasa
Kedua:
Kehidupan
dan Sistem Pendidikan khusus berdasarkan Jalan Ma’rifat Warisan Rasulullah ﷺ.
Pada fasa awal
perjuangan hidup, beliau sudah terkenal sebagai
Ulama Besar memegang jawatan sebagai Rektor Universiti Nizamiyyah,
Baghdad. Pelajar-pelajar dari seluruh
dunia datang belajar dengan beliau. Nama
beliau harum di kalangan Ummat sebagai Ulama terulung.
Ketika nama beliau
dijulang tinggi setinggi-tingginya, berlaku suatu keadaan luar biasa di dalam
kehidupan beliau. Beliau merasakan apa
saja yang beliau sedang lakukan (mendidik dan mengajar manusia) adalah dipenuhi
dengan riya’ dan bercita-cita kepada dunia, bukan kerana Allah, ertinya tidak
ikhlas. Begini pengakuan beliau sendiri :
Berkata
Imam Ghazali Radhiallahu anhu:
“Aku
lihat diriku tenggelam dalam samudera godaan dan rintangan. Segala pekerjaanku dan yang terbaik ialah
mengajar dan mendidik kutinjau sedalam-dalamnya. Jelas, aku sedang memperhatikan beberapa ilmu
yang tidak penting untuk perjalanan ke akhirat.
Apa niat dan tujuanku dengan mengajar dan mendidik, nyatalah tidak
sebenarnya ikhlas yang murni kerana Allah Taala, melainkan dicampuri oleh
pengaruh ingin kepada kedudukan dan kemasyhuran. Maka terasalah kepadaku bahawa aku sedang
berdiri di pinggir jurang yang curam, di atas tebing yang hampir gugur. Aku akan dijatuhkan ke Neraka jika tidak
segera merubah sikap. "
[Munqiz
Min-Adh-Dholal]
Ketika beliau sedang
dilanda kegelisahan akibat dari penentangan di dalam jiwa beliau sendiri,
datang Petunjuk Allah Ta’ala kepada beliau agar mencari Mursyid Pewaris Nabi
yang Siddiq dan berkhidmat kepada beliau kerana merekalah Pewaris Nabi yang
sebenar yang mampu menjernihkan jiwa manusia yang kotor dan keji. Hanya mereka memiliki ubat dan penawar bagi
sekalian penyakit hati manusia. Hanya
mereka mampu membimbing manusia kepada Allah sehingga mencapai Tauhid yang
hakiki, Imam sejati, Ma’rifat dan Ubudiyyah suci murni.
Diringkaskan kisah,
Setelah 6 bulan beliau berhempas pulas di antara kemahuan untuk mengikuti Jalan
Ma’rifat dengan bimbingan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, dengan bisikan
nafsu yang menghalang beliau daripada meninggalkan segala kebesaran sebagai Rektor
Universiti Nizamiyyah…. Akhirnya beliau berhasil meninggalkan Kota Baghdad dan berbai’at
dengan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.
Beliau bersuluk selama 11 tahun sehingga Allah Ta’ala Mengurniakan beliau Maqam Ma’rifat yang tinggi (Tauhid
hakiki), Maqam Ihsan dan Maqam Taqwa yang tinggi.
Setelah kembali daripada Mujahadah beliau selama 11
tahun pada Jalan Ma’rifat, beliau akui satu-satunya Jalan Kebenaran yang
di-Redhai Allah adalah Jalan Ahli Sufi (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq).
Berkata
Imam Ghazali Radhiallahu anhu:
[Munqiz Min-Adh-Dholal]
Pengajaran penting kisah
Imam Ghazali adalah:
Imam
Ghazali Radhiallahu anhu mengisytiharkan kepada seluruh dunia bahawa
satu-satunya Manhaj yang di-Redhai Allah adalah Jalan Ma’rifat yang
dipimpin oleh Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, yang dinamakan juga sebagai
Ahli Sufi atau Ahli Ma’rifat. Ini kerana
Mursyid yang Siddiq adalah Pewaris Nabi yang sebenar-benar mewarisi Rasulullah ﷺ. Manhaj mereka adalah satu-satunya Manhaj yang
benar-benar menepati Kehendak Allah Ta’ala.
Malangnya
hakikat ini tidak dipedulikan oleh orang-orang Islam sendiri. Cerdik pandai
Agama dan pemimpin Islam lebih utamakan Sistem Pendidikan ciptaan mereka
sendiri. Akibatnya mereka gagal membawa
manusia mengenal Allah dan melakukan Ubudiyyah sebagaimana tuntutan Allah.
Sebaliknya sekalian sistem ciptaan aqal manusia melahirkan manusia-manusia
sombong, tamak dunia, adu domba, berbuat fitnah dan zalim. Sebahagian manusia
yang lahir dari sistem Pendidikan ini terjerumus kepada firqah-firqah sesat
Syi’ah (Rafidhi), Khawarij (Wahhabiyyah), Sekular, Liberal dan lainnya.
....bersambung ke Fasal 9 Sistem Tarbiyyah dan Tazkiyyah Mursyid
9.2 Asas dan Sumber Pendidikan Mursyid Pewaris Nabi Yang Siddiq
..........اِ نْ شَآ ءَ اللّه
No comments:
Post a Comment