SIRI 421
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 7: Mursyid palsu
sambungan.....
Tanda Mursyid palsu ke-5: Terang-terangan Menyalahi Syari’at.
Mursyid PALSU seringkali melanggar Syari'at atau menyalahi hukum yang jelas haram seperti meninggalkan solat, puasa dan lain-lain dengan alasan sudah sampai kepada Tuhan atau mengaku sudah menjadi Tuhan. Atau mendakwa boleh melakukan zina atau minum arak dengan dakwaan telah bebas dari Syari'at. Ini adalah pegangan orang Zindiq (kafir yang tidak sedar sudah jatuh kafir).
Tanda Mursyid palsu ke-6: Menunjuk-nunjuk keajaiban.
Hal ini suatu yang sangat digemari oleh Mursyid PALSU kerana ianya merupakan suatu cara licik mempengaruhi dan menundukkan pemikiran orang yang minat kepada jalan keruhanian. Mereka mengaku sudah mendapat karomah dan sangat gemar menunjuk-nunjuknya kepada umum, pada hal yang sebenarnya semua macam “keajaiban-keajaiban” yang dipamerkan adalah sihir mainan iblis, jinn syaitan.
Sesungguhnya menunjuk-nunjuk kehebatan dan perkara-perkara keajaiban yang mencengangkan aqal bukan cara Mursyid yang Benar, sebaliknya ia perbuatan ahli sihir, bomoh, dukun, pawang atau lain-lain sebangsanya.
Tanda Mursyid palsu ke-7: Menarik Tenaga Alam.
Sebahagian dari tanda Sufi Palsu atau Mursyid Palsu adalah pengakuan bahawa dia mampu menarik Tenaga Alam untuk menjadi kuat dan sihat. Mereka cuba buktikan pengakuan mereka dengan menunjuk-nunjuk berbagai kehebatan menggerakkan benda-benda dengan kekuatan minda atau batin. Semua ini termasuk sihir bantuan jinn syaitan. Tetapi mereka tidak mengetahuinya kerana tak kenal bagaimana tipu daya halus jinn syaitan masuk menyesatkan manusia.
Bersambung siri 422 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment