SIRI 422
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 7: Mursyid palsu
sambungan.....
Tanda Mursyid palsu ke-8: Abaikan Syari’at atau Toriqat Rasul ﷺ
Setengah-setengah dari tanda Mursyid PALSU adalah mengabaikan Syari'at dan Toriqat. Sesungguhnya kedua-duanya (Syari'at dan Toriqat) datang dari Rasulullah ﷺ, yang pada hakikat Wahyu Ilahi. Maka barang siapa meninggalkan salah satu daripadanya atau menafikannya atau ingkarinya, maka dia bukan dari kalangan orang beriman. Apa lagi mengakuinya sebagai Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, tak mungkin!
Tanda Mursyid palsu ke-9: Campur aduk lelaki wanita ketika berzikir.
Masyaikh kita telah menetapkan, ketika diadakan Majlis Zikrullah, maka WAJIB dipisahkan lelaki dan wanita dengan dinding (tidak memadai dengan tirai biasa). Ini bertujuan elakkan berbagai kemungkinan fitnah kerosakan hati di samping bahaya terjadi kemungkaran. Maka orang yang membawa pengikutnya berzikir campur aduk antara lelaki dan perempuan tak mungkin menjadi Mursyid.
Tanda Mursyid palsu ke-10: Mengaku dirinya Tuhan
Mengaku dirinya sebahagian dari Tuhan atau menjadi Tuhan.
Lazimnya orang yang mengeluarkan ucapan-ucapan ini adalah dari Golongan Hakikat PALSU atau Golongan Batiniah atau Zindiq. Wal Iyazubillah.
Demikianlah sebahagian dari tanda-tanda Mursyid PALSU atau Sufi PALSU. Walau bagaimanapun tidak semestinya semua sifat tersebut terkumpul pada seseorang. Mungkin sebahagian sifat-sifatnya wujud pada satu golongan dan sebahagian lagi pada golongan lain.
Sebagaimana juga pemimpin bagi golongan Wahhabiyyah (khawarij), Syi'ah (rafidhi), golongan Sekular dan lain-lainnya berjumlah 72 golongan sesat juga dipimpin oleh iblis, golongan ilmu keruhanian PALSU atau Sufi PALSU juga dipimpin oleh iblis sedang mereka tidak menyedarinya.
Inilah sebabnya sekalian Ulama Mu'tabar telah memberi peringatan dan AMARAN... jangan kamu berjalan sendirian kerana iblis, jinn syaitan akan pimpin kamu kepada gerbang iblis — kepada kesesatan. Sebaliknya kamu WAJIB berguru kepada Guru Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. Jangan sesekali terpesona dengan “wayang” dan “keajaiban-keajaiban yang membuat manusia tercengang” atau “menembusi hukum alam” yang mana semua ini BUKAN matlamat Mursyid Pewaris Nabi dan BUKAN Matlamat Toriqat Nabi ﷺ.
Bersambung siri 423 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment