SIRI 420
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 7: Mursyid palsu
sambungan.....
Sifat-Sifat Umum Mursyid Palsu (atau Sufi Palsu)
Sesungguhnya para Masyaikh (Ulama bertaraf Auliya Allah) seperti Imam Besar Ahlus Sunnah Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu, Imam Asy-Syazili, Imam Ghazali Ridhwanullahi Alaihi Ajma'in dan lain telah memberikan amaran keras supaya berhati-hati terhadap golongan Sufi PALSU. Tanda-tanda Sufi PALSU atau Mursyid PALSU amat banyak. Namun sebahagian besar daripadanya adalah berkaitan dengan perkara-perkara berikut:
Tanda Mursyid Palsu Pertama: Tidak pernah berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.
Ini adalah tanda umum dan paling awal.
Mursyid palsu tidak pernah berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, yang mempunyai Silsilah sampai Rasulullah ﷺ. Orang ini lazimnya akan mengaku belajar secara ghaib dengan orang tertentu atau mengaku berguru kepada Wali Songo secara batin atau mengaku belajar dari Wali di gunung-gunung.
Pengakuan ini batil dan tertolak!
Sekalian Masyaikh telah menetapkan bahawa wajib mempelajari Agama sama ada yang bersifat Zahir (Syari’at – fiqh) maupun Toriqat (Toriqat - Tasawwuf) dengan menghadap Guru (yang hidup) Pewaris Nabi yang Siddiq yang mempunyai Silsilah perguruan yang sahih, yang sampai kepada Rasulullah ﷺ. (Rujuk syarat Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq)
Bahkan semua Ulama Pewaris Nabi termasuk mereka yang Mujaddid dan Mujtahid berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Hidup yang mempunyai Silsilah Pengambilan Ilmu Warisan Nabi ﷺ dengan kaedah khusus yang terpelihara kesuciannya iaitu melalui Bai’at (janji setia) dan Talaqqi Musyafahah (menghadap dan menerima ilmu dari lisan Guru).
Adapun pengakuan seseorang yang mempelajari Ilmu daripada Auliya yang telah wafat adalah suatu peringkat yang tinggi setelah dia mencapai Ma’rifat yang tahqiq, lazimnya sudah melepasi Maqam Mukasyafah dan Gurunya sendiri mengesahkan hal tersebut.
Tanda Mursyid Palsu ke-2: Tidak mempunyai Silsilah pengambilan ilmu.
Perkara kedua ini mempunyai hubung kait dengan perkara pertama. Orang ini tidak mempunyai Mursyid yang Siddiq sebagai Pemimpinnya kepada Ketuhanan. Jika ada pun dia mempunyai seorang Guru, namun Gurunya tidak ada Silsilah pengambilan Ilmu sampai Rasulullah ﷺ. Ilmu yang dimilikinya rekaan sendiri dengan mencampur adukkan berbagai ajaran falsafah batil atau ilmu batiniah. Atau campur adukkan ajaran-ajaran asing yang jelas bertentangan dengan Ahlus Sunnah seperti reiki, kundalini, ilmu cakra dan lain-lain yang nyata tersesat.
Tanda Mursyid Palsu ke-3: Tidak ada Manhaj (sistem) Tarbiyyah yang lengkap.
Guru PALSU tidak mempunyai Sistem lengkap Tarbiyyah keruhanian yang meliputi, Zikrullah, Tawajjuh dan Suluk. Mereka hanya meniru sana sini menggunakan amalan biasa orang awam.
Tanda Mursyid Palsu ke-4: Ilmu Ma’rifat dicanangkan bukan dari pengalaman keruhanian sendiri.
Orang ini sering bercakap soal Haqiqat dan Ma'rifat yang tinggi-tinggi sedangkan semua itu bukan dari pengalaman keruhanian sebaliknya mereka kutip dari kitab-kitab Tasawwuf yang tinggi-tinggi lalu mengaku sudah miliki Ilmu Ma'rifat. Atau ungkapan berbelit-belit keluar dari hembusan atau bisikan iblis.
Bersambung siri 421 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment