SIRI 417
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 6: Tanda-Tanda Mursyid yang Siddiq
sambungan.....
Tambahan Rahmat Allah Kepada yang Sudah Bai’at
Semua tanda-tanda Mursyid yang disebutkan di atas juga merupakan kesan-kesan yang akan dirasai oleh seseorang setelah Berbai’at. Bahkan lebih daripada itu. Sebagai tambahan, mereka yang sudah Bai’at akan Di-Kurniakan oleh Allah beberapa keistimewaan lain bagi kekuatan Iman dan Ubudiyyah seperti yang berikut:
(1) Memperoleh Limpahan Ruhaniyyah Gurunya, Masyaikh dan Rasulullah ﷺ yang membuka kepada pintu hidayah dan Tauhid. Dengan demikian tetap hati pada Iman dan amal serta tetap hati pada Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
(2) Menolak segala was-was nafsu dan bisikan iblis yang sentiasa menimbulkan keraguan di dalam hati.
(3) Menolak gangguan jinn syaitan seperti histeria, rasukan, sihir dan lain-lain.
(4) Membantu mengikis sedikit demi sedikit sifat Mazmumah (kekejian) dan terbina sedikit demi sedikit sifat Mahmudah (terpuji).
(5) Membantu hapuskan Syirik-syirik Khafi yang merosak Iman dan cemarkan Ibadah.
(6) Memperoleh kebahagiaan hati, kelapangan hidup. Walaupun rezekinya sedikit namun mencukupi.
(7) Khusyu’ di dalam Solat.
(8) Memimpin kepada pintu-pintu Ma'rifat, iaitu Tauhid yang suci murni. Dan inilah pokok faedah atau kepala keberuntungan bagi murid.
Memang benar, tidaklah semua kebaikan yang tersebut di atas itu datang sekaligus tetapi berperingkat-peringkat, terutama kebaikan lebih istimewa seperti khusyu’ dalam solat, hilangnya 'Ujub, Riya' dan lain-lain akan datang beransur-ansur. Tetapi sebahagian besar tanda-tanda kebenaran seorang Mursyid dapat dirasai, ketika awal-awal ingin Bai'at lagi. Bahkan sebahagian orang yang Bai'at, seketika Bai'at itu juga mereka telah mendapat zauq (pemerasaan hati) dan jazbah (kedatangan Nur Allah).
Bersambung siri 418 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment