SIRI 416
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 6: Tanda-Tanda Mursyid yang Siddiq
Tanda-Tanda Mursyid yang Siddiq
Selain dari syarat-syarat seorang Mursyid yang Benar sebanyak 10 perkara, seperti yang telah kami huraikan, seseorang Mursyid yang Benar dapat dikenali dengan melihat dan merasai tanda-tandanya dari dalam hati. Maksudnya orang yang benar-benar ikhlas mencari Mursyid pembimbingnya akan dapat merasai tanda-tanda Mursyid ini dari dalam hatinya ketika dia bersama Guru tersebut atau ketika hadir di dalam mana-mana Majlisnya.
Tanda Pertama: Banyak mengingatkan Allah
Apabila bersamanya, banyak ingatkan Allah. Bahkan hanya dengan melihat wajahnya terus ingat Allah. Ini bukti paling kuat benarnya dia Mursyid yang Siddiq (Benar) kerana seorang Mursyid yang Benar membawa Cahaya Muhammad dan menyinarinya kepada murid-muridnya dan orang-orang sekelilingnya. Tetapi hanya hamba-hamba Allah yang suci hati mampu merasainya.
Tanda ke-2: Tambah Ibadah
Apabila bersamanya, bertambah amal ibadah dan kebaikan tanpa dipaksa-paksa.
Tanda ke-3: Kemungkaran tertolak
Apabila bersamanya, kemungkaran dan kekejian tertolak dengan sendiri.
Tanda ke-4: Bertambah faham akan Agama
Apabila bersamanya, bertambah ilmu dan kefahaman Agama yang benar menurut _Ahlus Sunnah_.
Tanda ke-5: Tambah rasa takut kepada Allah
Setiap Kalimah yang diucapkannya akan membuat hati takut kepada Allah.
Tanda ke-6: Merasai kehinaan diri
Duduk di dalam Majlis-majlis beliau akan mendatangkan keinsafan mendalam dan terasa kekurangan dan kehinaan diri.
Tanda ke-7: Syirik Khafi terhapus
Syirik Khafi — _Takabbur, 'Ujub, Riya', Sum'ah_ lebur dengan sendirinya ketika hadir bersamanya.
Tanda ke-8: Khusyu' Ibadahnya
Setiap ibadah bersamanya menjadi lebih khusyu'.
Tanda ke-9: Majlisnya Di-Limpahi Rahmat Allah
Setiap Majlisnya Di-Penuhi Rahmat sehingga terasa sejuk hati berserta Allah.
Tanda ke-10: Kecintaan kepada Allah bertambah
Apabila selalu bersamanya, hati semakin mencintai Allah.
Ini antara penelitian yang boleh dijadikan panduan untuk mengukur, menilai, mengenalpasti orang yang kita ingin jadikan sebagai Guru pendidik atau pemimpin atau pembimbing itu baik untuk dunia akhirat kita atau sebaliknya.
Bersambung siri 417 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment