SIRI 415
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 5: Syarat Mursyid yang Siddiq
sambungan.....
Syarat ke-10: Terkenal di Tempat Jauh
Seorang Mursyid Pewaris Nabi yang Benar akan dikenali oleh mereka yang jauh dari tempatnya. Allah Ta'ala akan memberikan Ilham dan Petunjuk kepada manusia untuk mencari hamba-hamba Allah ini walaupun dari jauh. Ulama-ulama meletakkan syarat ini sebagai membezakan dengan Guru palsu atau penipu. Ini kerana lazimnya Guru yang penipu akan sedaya upaya mengawal muridnya supaya tidak terbocor rahsia kejahatannya. Salah satu cara adalah dengan mengongkong mereka dengan dakwaan-dakwaan palsu.
Demikianlah kami himpunkan 10 syarat yang wajib ada pada seorang Shaikh Mursyid atau Ahli Sufi atau Ahli Ma'rifat atau Warisatul Anbiya' yang Siddiq (Benar). Syarat-syarat ini diambil daripada Wali-wali Allah yang terkenal; di antaranya Al-Ghawth Al-A'zhom Qutb Rabbani Shaikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani, Shaikh Abu Hasan Asy Syazili, Shaikh Junaid Al-Baghdadi, Shaikh Ahmad Kamasykhanawi, Shaikh Hujweri, Shaikh Yahya Al-Kholidi Ridhwanullah Alaihi Ajmain dan lain-lain. Mudah-mudahan ianya menjadi panduan berguna bagi pencari-pencari kebenaran atau jalan menuju Allah yang haq.
Para Wali Allah, Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq telah meletakkan garis panduan yang cukup lengkap dan penuh sistematik. Semua syarat, peraturan dan adab yang disusun itu adalah berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasul ﷺ. Mereka BUKAN menetapkannya mengikut nafsu. Mereka adalah hamba-hamba Allah yang takut kepada Allah, mereka Musyahadah Wajah Allah (menyaksikan Wajah Allah) pada setiap saat sehingga setiap suatu yang mereka memperbuat adalah di dalam Keredhaan Allah.
Maka sayugianya, jangan ada yang cuba pertikaikan peraturan yang telah ditetapkan. Ada kalanya setengah perkara yang mereka susun tidak sesuai dengan pendapat aqal atau nafsu kita, tetapi mereka lebih 'Arif berkenaan apa yang diperlukan oleh Ummat.
Bersambung siri 416 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment