Friday, May 01, 2026

SIRI 414


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 5: Syarat Mursyid yang Siddiq

sambungan.....



Syarat ke-9: Wajah dan Perkataannya Berpengaruh Kepada Sesiapa Melihatnya


Wajah seorang Mursyid yang benar memancarkan Cahaya Keimanan sehingga orang yang melihatnya terus Ingat Allah.  Perkataannya dan gerak-gerinya juga memberi kesan yang mendalam ke dalam hati orang yang melihatnya.  Sesungguhnya ciri ini satu daripada tanda terbesar bagi menunjukkan kebenaran seorang Mursyid Pewaris Nabi yang Benar.


Barang siapa mencari dengan penuh keimanan dan keikhlasan, pasti menemui ciri ini pada seseorang Mursyid Pewaris Nabi yang Benar.  Orang yang memandang beliau akan membawanya kepada Ingat akan Allah Ta'ala.  Bahkan hanya dengan mengingat-ingat wajahnya membawa kepada seribu Rahmat Allah di dalam kehidupan dan menolakkan pelbagai gangguan dan bahaya!


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang apabila dilihatnya, dapat mengingatkan kamu kepada Allah, percakapannya menambahkan ilmu kamu, perbuatannya (amalannya) mendekatkan kamu kepada akhirat.”

[Imam Al-Haakim]


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesungguhnya ada sebahagian manusia menjadi kunci kebaikan dan penutup kejelekan, dan ada pula sebahagian manusia yang menjadi kunci kejelekan dan penutup kebaikan.  Maka beruntunglah bagi siapa saja yang Allah jadikan kunci-kunci kebaikan berada di tangannya, dan celakalah bagi siapa saja yang Allah jadikan kunci-kunci kejelekan berada di tangannya.”

[Imam Ibnu Majah]

 

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sebaik-baik kamu adalah apabila dia dilihat, membawa mengingat Allah.”

[Imam Ibnu Majah]


Para Ulama Ahli Sunnah yang 'Arif mentafsirkan bahawa yang dikehendaki dengan Hadith-Hadith Rasulullah ﷺ tersebut adalah Mursyid yang mewarisi Rasulullah ﷺ dengan kebenaran.  Kamu melihat tanda-tanda ini dan merasai kesannya dalam hati kamu, lalu datang keyakinan yang teguh bahawa inilah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang kamu mencari selama ini.  


Bersambung siri 415 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 420 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...