Tuesday, April 28, 2026

SIRI 367


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3:  Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq



Fakta 20:  Mursyid dan Maqam Kewalian

sambungan.....


Semua macam kemuliaan, kelebihan dan kebaikan ini tidak akan tercapai melainkan seseorang mujahadah menurut Jalan Ma’rifat – satu-satunya Jalan Suci Rasulullah ﷺ, menurut Syarat-syarat dan adab-adabnya, dengan penuh keikhlasan mencari Wajah Allah semata-mata dengan pimpinan Guru yang benar-benar ‘Arif, iaitu Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.


Kalimah "ٱلْبُشْرَىٰ" (khabar gembira) ditafsirkan oleh Ibn Abbas Radhiallahu Anhu dengan dua macam kebahagiaan.  Maksud beliau dengan dua macam kebahagiaan adalah dua macam “Syurga”, iaitu:  Syurga pertama adalah Syurga di Akhirat (setelah kematian).  Syurga kedua adalah “Syurga yang disegerakan” di dunia ini lagi, iaitu “Syurga melihat Allah” atau disebut "Syurga berserta Allah” atau disebut “Syurga berkasih-kasih dengan Allah” sehingga mereka tiada cita-cita apa pun selain Allah.  Mereka tiada takut apa pun ketika hayat mereka di dunia ini, hanya Allah semata-mata.


Mereka inilah Kekasih Allah yang sentiasa mendapat Rahmat, Perlindungan dan Keselamatan.  Mereka sentiasa Di-Dalam Pemeliharaan Allah daripada kesesatan atau kesalahan-kesalahan.  Mereka Di-Pelihara oleh Allah daripada terjerumus kepada dosa-dosa besar atau kefasikan.  Tetapi kemungkinan terjadi kesalahan-kesalahan kecil yang Di-Taqdirkan oleh Allah ke atas mereka.  Walau bagaimanapun, mereka akan bertaubat pada seketika itu juga.  Bagi Rasul dan Nabi, hal ini dinamakan Ma'sum dan bagi Auliya Allah yang lain, ia dinamakan Mahfuz.  


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:

"Para Nabi dan Wali Allah tidak luput dari kegelinciran.  Hanya para Nabi adalah Ma'sum terpelihara dari dosa besar setelah diangkat menjadi Nabi dan Rasul.  Sedangkan para Wali Allah tidaklah Ma'sum  tetapi mereka adalah di sebut Mahfuz, Di-Pelihara oleh Allah daripada dosa-dosa besar setelah darjat kewaliannya sempurna."

[Sirrul Asrar]


Bersambung siri 368 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 387 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...