SIRI 366
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 3: Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fakta 20: Mursyid dan Maqam Kewalian
Setiap seorang Mursyid menduduki Maqam Kewalian, iaitu Kekasih Allah sebagaimana Allah Ta’ala menyebut berkenaan para Auliya Allah. Mereka tiada takut apa pun, melainkan Allah. Mereka sentiasa di dalam keadaan Mukasyafah - melihat Zat Allah Yang Maha Suci di Hadratul Quddus (Hadrat Ketuhanan Yang Maha Suci) tanpa kaifiyyat apa pun mampu menyatakan Keberadaan-Nya.
Firman Allah Ta'ala:
أَلاۤ إِنَّ أَوْلِيَآءَ ٱللَّهِ لاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ. ٱلَّذِينَ آمَنُواْ وَكَانُواْ يَتَّقُونَ. لَهُمُ ٱلْبُشْرَىٰ فِي ٱلْحَياةِ ٱلدُّنْيَا وَفِي ٱلآخِرَةِ لاَ تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ ٱللَّهِ ذٰلِكَ هُوَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ
"Ketahuilah! Sesungguhnya para Auliya Allah itu, tidak ada ketakutan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman (Mu'min sejati) serta mereka pula sentiasa bertaqwa (sebenar-benar Taqwa). Bagi mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan di Akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar.”
[Yunus (10) : Ayat 62-64]
Berkata Ibn Abbas Radhiallahu Anhu:
"Sesungguhnya mereka yang benar-benar beriman (mencapai Keimanan Sejati) adalah Auliya Allah (Kekasih Allah) yang tiada takut apa pun terhadap sesuatu yang mendatang, dan tiada dukacita terhadap suatu yang mereka tinggalkan di belakang. Kemudian Allah tegaskan lagi bahawa mereka yang dimaksudkan adalah orang-orang yang beriman (benar-benar beriman) dan bertaqwa (sebenar Taqwa) kepada Allah. Kalimat “ٱلْبُشْرَىٰ" (Al-Busyra), khabar gembira bermaksud dua macam kebahagiaan; Pertama: Kebahagiaan di dunia dengan mendapat mimpi-mimpi benar. Kedua: Jaminan masuk syurga (tanpa hisab). Yang demikian itu adalah jaminan Allah kepada mereka. Dan itulah sebesar-besar kemenangan."
[Tafsir Ibn Abbas]
Maksud perkataan Ibn Abbas Radhiallahu Anhu “benar-benar beriman” adalah:
Orang-orang yang telah mencapai Keimanan sejati, Tauhid yang hakiki yang suci bersih daripada segala macam syirik (Syirik Khafi), Mazmumah (sifat keji). Mereka telah mencapai Tingkatan Maqam Tauhid Af’al yang suci bersih daripada sekalian (Syirik Khafi) (syirik tersembunyi) - Takabbur, ‘Ujub, Riya’, Sum’ah, Tawakkal bi Ghairillah. Mereka juga suci bersih daripada segala macam kekejian seperti khianat, dusta, adu domba, fitnah, mengumpat dan lain-lain. Allah Ta’ala Memilih mereka dan Anugerahkan mereka beberapa banyak kelebihan mengatasi manusia-manusia lainnya.
Bersambung siri 367 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment