Tuesday, April 28, 2026

SIRI 368


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3:  Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq



Fakta 20:  Mursyid dan Maqam Kewalian

sambungan.....


Sekalian hamba Allah yang Di-Pilih oleh Allah menjadi Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, adalah Auliya Allah.  Namun mereka tidak dimasyhurkan sebagai  Auliya Allah ketika mereka masih hidup.  Gelaran  Auliya Allah hanya dimasyhurkan ke atas mereka setelah kewafatan mereka.  Ini adalah penjagaan agar istilah  "Auliya" Allah tidak digunakan sewenang-wenang oleh Guru PALSU.  Sufi PALSU atau Mursyid PALSU gemar menggunakan gelaran-gelaran kewalian untuk mengaut keuntungan duniawi atau kerana ingin masyhur pada pandangan manusia. 


Masyaikh Ahlus Sunnah sangat tegas di dalam hal ini kerana Sufi PALSU atau Mursyid PALSU menipu Ummat Islam dan membawa mereka kepada kesesatan. Walau bagaimanapun terdapat pengecualian di dalam hal ini.  Iaitu seorang Mursyid yang telah mencapai _Maqam Kewalian_ yang luar biasa tingginya mungkin mengisytiharkan akan kewalian beliau apabila beliau menerima isyarat Petunjuk Allah.  Namun perkara ini amat jarang terjadi.  Di dalam Sejarah Ummat, di antara Mursyid yang mengisytiharkan kewalian beliau (setelah menerima Petunjuk Allah) adalah:  


Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu, kata beliau:


“  قدمی ھذه علی رقبة کل ولی الله  “  


"(Tapak kakiku berada di atas tengkuk sekalian  Auliya Allah)."


Sememangnya terbukti beliau telah mencapai Maqam Kewalian yang amat tinggi.  Bukti kebenaran kata-kata beliau adalah:  Ketika beliau isytiharkan demikian di Kota Baghdad, maka seketika itu juga sekalian Mursyid-mursyid satu dunia dapat mendengar suara beliau lalu mereka menundukkan kepala mereka tanda mereka akur kepada Ketinggian beliau sebagai Mahkota Auliya.

[Nukilan:  Kitab Qala'id Al-Jawahir - Shaikh Yahya Tadhifi]


Demikianlah 20 Fakta Agung berkenaan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang sempat kami nukil berdasarkan Al-Qur’an, Sunnah Rasulullah ﷺ berserta Tafsir _Ulama Ahlus Sunnah yang Mu’tabar_…. di antaranya Ulama-ulama Agung yang harum nama mereka sepanjang zaman; Ibn Abbas, Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani, Imam Ghazali, Imam Fakhruddin Ar-Razi Ridhwanullah Alaihi Ajmain dan lainnya yang tiada siapa pun layak mempertikaikannya. 


Adapun mereka yang seringkali mempertikaikan kewujudan Pewaris Nabi yang Siddiq (Benar), serta mempertikaikan berbagai kemuliaan yang Allah Ta’ala Kurniakan kepada mereka, hanyalah Golongan Wahhabiyyah (Khawarij), Syi’ah (Rafidhi), Sekular dan lain-lain yang telah buta dari melihat kebenaran.  Wal Iyazubillah.  Sesungguhnya yang buta itu bukanlah buta mata kepala, tetapi yang buta itu adalah buta “mata hati”.  Hati mereka telah menjadi kelam, gelap, buta dan mati.  Wal Iyazubillah.


Firman Allah:


وَمَن كَانَ فِى هَـٰذِهِۦٓ أَعْمَىٰ فَهُوَ فِى ٱلْـَٔاخِرَةِ أَعْمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلًۭا 


“Barang siapa yang  buta (Hatinya) di dunia ini, nescaya di Akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).” 

[Al-Isra’ (17) : Ayat 72]


Firman Allah:


 فَاِنَّهَا لَا تَعْمَى الْاَبْصَارُ وَلٰكِنْ تَعْمَى الْقُلُوْبُ الَّتِيْ فِى الصُّدُوْرِ


"Sesungguhnya bukan mata (kepala) itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." 

[Al-Hajj (22) : Ayat 46]


Bersambung siri 369 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 387 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...