Tuesday, April 28, 2026

SIRI 363


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3:  Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq


Fakta 17:  Mursyid dan Karomah


Rasul dan Nabi Di-Teguhkan Kedudukan mereka oleh Allah Ta’ala dengan Mu’jizat  sedangkan Mursyid Pewaris Nabi Di-Teguhkan Kedudukan mereka oleh Allah Ta’ala dengan Karomah.  Fahami haqiqat ini.  Mu’jizat dan Karomah yang haq, kedua-duanya daripada Allah Ta’ala.  Ertinya perkara luar biasa yang terjadi kepada mereka serta melemahkan orang-orang yang membuat sepertinya…. ini semata-mata daripada Allah Ta’ala dan BUKAN dari usaha ikhtiar mereka. 


Allah Ta’ala Kurniakan berbagai Mu’jizat kepada Rasul dan Nabi untuk menunjukkan kebenaran mereka bahawa mereka adalah sebenar-benar Utusan Allah dan sebagai Pertolongan Allah kepada mereka bagi mengalahkan orang kafir.  Demikian juga Allah Ta’ala Kurniakan kepada sekalian Mursyid Pewaris Nabi berbagai Karomah bagi memperteguhkan kedudukan mereka dan menunjukkan kepada manusia kebenaran bahawa mereka sememangnya Pewaris Nabi yang menyambung Risalah Nabi ﷺ dan bukan pendusta. 


Maksud di sini, Karomah bukan suatu yang dibuat-buat oleh Mursyid Pewaris Nabi, tetapi ianya benar-benar merupakan Kurnia Allah kepada mereka pada saat-saat tertentu bagi memperteguhkan kedudukan mereka dan sebagai penunjuk kepada Ummat Islam bahawa mereka adalah Pewaris Nabi yang Benar dan bukan pendusta. 


Hal ini berbeza (jauh bezanya) dengan Ahli Sihir, Ahli Nujum, Bomoh dan seangkatannya yang melakukan berbagai keajaiban dengan menggunakan bantuan iblis dan tentera-tenteranya.  Fahami hakikat ini sungguh-sungguh supaya kamu tidak terpedaya dengan iblis dan kuncu-kuncu dia dari kalangan jinn dan manusia.  


Demikian lagi kebenaran ini wajib diperhatikan sungguh-sungguh agar tidak terpedaya dengan Mursyid PALSU, Sufi PALSU, Ahli Ma’rifat PALSU yang menyamar di sebalik perbuatan-perbuatan sihir.  Mereka menyamar sebagai Mursyid dan menunjuk-nunjuk berbagai keajaiban dan kesaktian seperti kemampuan untuk memegang api dengan tangan, tetak tangan dengan parang tajam, menyelam di dalam air berjam-jam, menunjuk-nunjuk kemampuan terbang sana sini, kemampuan untuk hilang dari pandangan dan lain-lain perkara yang membuat manusia tercengang dan terpesona.  Mereka tertipu dan menipu daya Ummat. 


Penjelasan lebih lanjut berkenaan istilah “Karomah”, Pembahagian KaromahKaromah yang haq dan batil akan dihuraikan lebih lanjut pada bahagian-bahagian akan datang.  In Shaa Allah.


Bersambung siri 364 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_______________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁

No comments:

Post a Comment

SIRI 387 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...