Tuesday, April 28, 2026

SIRI 364


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3:  Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq


Fakta 18:  Tingkatan Mursyid


Setiap Mursyid Pewaris Nabi mempunyai Maqam dan Martabat masing-masing, tidaklah sama semuanya.  Ketinggian seseorang Mursyid bergantung kepada ketinggian keruhanian yang Allah Ta’ala Kurniakan kepada beliau.  Berikut kami sebutkan secara ringkas, 4 tingkatan Mursyid.


(1) Mursyid Maqam Asma’

•  Ini serendah-rendah tingkatan Mursyid. 

•  Telah menerima pancaran Cahaya Asma’ - mencapai Maqam Tauhid Asma'.

•  Diizinkan memimpin Jama'ah Suluk selama 10 hari Sahaja. 

•  Mampu memimpin murid sampai kepada Maqam Tauhid Af'al atau setinggi-tingginya kepada Maqam Tauhid Asma' Sahaja. 


(2) Mursyid Maqam Sifat

•  Ini adalah Mursyid tingkatan ke-2.

•  Telah menerima pancaran Cahaya Sifat – Mencapai Maqam Tauhid Sifat.

•  Diizinkan memimpin Jama'ah Suluk selama 20 hari.

•  Mampu memimpin murid sampai kepada  Maqam Tauhid Sifat.


(3) Mursyid Maqam Zat

•  Ini adalah Mursyid tingkatan ke-3.

•  Telah menerima pancaran Cahaya Zat Allah - Mencapai Maqam Musyahadah Zat.

•  Diizinkan memimpin Jama'ah Suluk selama 40 hari.

•  Mampu memimpin murid sampai Maqam Tauhid Zat (mengikut tingkatannya).


(4) Mursyid Kamil Mukaamil

•  Ini adalah Maqam Mursyid yang tertinggi, iaitu Mursyid yang mencapai maqam kesempurnaan pada Ma'rifat.

•  Memperoleh Maqam Tajalli Zat.

•  Boleh Memimpin Jama’ah Suluk selama 40 hari.

•  Boleh memimpin manusia sehingga penghabisan Maqam Tauhid Zat atau Tajalli Zat.

•  Bilangan yang sampai ke Maqam Kaamil (sempurna) ini amat sedikit pada satu-satu zaman.  Tetapi pasti wujud, pada setiap zaman sampai Qiamat.


Catitan Penting:


(1)  Tingkatan tersebut di atas adalah pembahagian menurut Maqam Tauhid, iaitu empat macam Tauhid.  Pada setiap tingkatan itu terdapat pecahan-pecahan Tingkatan lagi. 


(2)  Setiap orang Mursyid yang Siddiq (Benar) yang Di-Zahirkan oleh Allah mempunyai tanggungjawab dan amanah yang berat.  Beliau bukan saja perlu memelihara keluarga sendiri, tetapi lebih dari itu perlu korban masa, tenaga, wang ringgit demi memelihara Ummat ini.


(3)  Setiap Mursyid yang Siddiq (Benar) akan tetap istiqomah mematuhi hukum-hukum dan Syari'at dan adab-adab Ma'rifat.


(4)  Maqam-maqam Mursyid ini tidak boleh diminta-minta dan tidak boleh ditolak apabila mendapat isyarat pelantikan. 


(5)  Untuk mengenali Mursyid yang Siddiq (Benar) seseorang perlu mengetahui syarat dan sifat-sifat yang wajib ada pada seseorang yang digelar Mursyid.  Di samping itu mereka perlu istikharah mohon petunjuk Allah.


(6)  Setiap Mursyid yang Siddiq adalah di dalam pemeliharaan Allah Ta'ala (Mahfuz).   Ertinya mereka berpegang teguh dengan hukum Syari'at dan adab Toriqat.  Walau bagaimanapun kemungkinan terjadi kesilapan-kesilapan kecil padanya, namun beliau akan Taubat pada ketika itu juga.


(7)  Setiap Muslim wajib berusaha mencari Mursyid yang akan membimbingnya kepada Hidayah Allah dan keimanan.


Bersambung siri 365 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 387 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...