SIRI 355
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 3: Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fakta 8: Memiliki Ubat dan Penawar Bagi Sekalian Penyakit Hati Manusia
Sesungguhnya penyakit hati manusia mempunyai hubungan erat dengan nafsu-nafsu kejahatan. Nafsu kejahatan yang menguasai hati manusia mempunyai kekuatan dan tingkatan yang berbeza-beza dari seorang kepada seorang yang lain. Hanya seorang Mursyid mengenal dan mampu merawat segala penyakit hati manusia yang berbagai-bagai rupa dan bercabang-cabang tumbuh subur dari nafsu-nafsu kejahatan.
Mursyid adalah “Doktor Keruhanian” yang sangat mahir mengenal nafsu-nafsu kejahatan dan penyakit-penyakit hati manusia. Allah Ta’ala Kurniakan mereka ubat dan penawar bagi sekalian penyakit hati manusia.
Sesungguhnya penyakit hati manusia lebih merbahaya daripada penyakit Zahir kerana penyakit Zahir hanya membawa maut kepada tubuh Zahir sedangkan “penyakit hati” membawa “maut” kepada Keimanan. Malangnya kebanyakan manusia buta dari melihat kebenaran ini.
Fakta 9: Memiliki Ubat dan Penawar Untuk Penyakit Tubuh Manusia Yang Kronik
Selain dari mengubati penyakit-penyakit hati manusia, seorang Mursyid juga Di-Kurniakan oleh Allah kemampuan merawat berbagai penyakit jasad (tubuh) badan manusia yang sangat kronik dan tak mampu dirawat oleh doktor moden termasuk doktor pakar sekalipun. Di antaranya: Cancer (barah), sclerosis, bipolar, skizo, stress, thalassemia, anemia, leukemia, myocarditis, fibroid, polyst, cyst dan lain-lain.
Berdasarkan pengalaman kami merawat mereka yang terkena penyakit-penyakit kronik ini, mereka telah lama menderita penyakit-penyakit tersebut, namun tiada rawatan dari perubatan moden. Sebahagian besar daripada mereka telah pun menghabiskan wang puluhan ribu ringgit, namun keadaan penyakit tetap sama bahkan bertambah teruk dari hari ke hari. Kaedah perubatan unik berdasarkan Ma’rifat yang Allah Ta’ala Kurniakan kepada seseorang Mursyid yang Siddiq, membawa berbagai Rahmat kepada pesakit.
Bersambung siri 356 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment