SIRI 266
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
Fakta-fakta Iman Orang Awam
Fakta ke-10: Rawatan dan Penjagaan
(4) Rawatan dan Penjagaan dari Penyakit 'Ujub:
sambungan....
Jalan bagi orang awam:
(1) I'tiqad dan pandang sungguh-sungguh dari dalam hati bahawa setiap kelebihan dan nikmat yang kita miliki berupa harta, wang ringgit, kekayaan, kepandaian, kekuasaan dll adalah haq Allah Ta'ala, BUKAN haq kita. Pada hakikatnya manusia dan makhluq seluruhnya tidak memiliki apa-apa pun. Dengan demikian adalah kebodohan yang amat nyata seseorang mengaku sesuatu yang bukan hak dia.
(2) Tetapkan di dalam hati, setiap nikmat yang ada pada manusia itu hanyalah pinjaman yang diberikan oleh Allah Ta'ala untuk menguji sejauh mana dia bersyukur kepada Allah Ta'ala. Jika dia kenang bahawa semua itu dari Allah untuk menguji dia lalu dia bersyukur, maka selamatlah dia dunia akhirat. Sebaliknya jika dia menganggap semua itu milik dia, menganggap semua nikmat itu hasil usaha dia, maka jatuhlah dia kepada kebinasaan. Masihkah ada perasaan 'Ujub dengan kelebihan diri?
(3) Sentiasa ingat bahawa setiap makhluq adalah lemah, tiada daya upaya sedikit pun. Segala usaha ikhtiar untuk mencapai suatu kejayaan hanyalah asbab untuk mencapai sesuatu yang lain. BUKAN manusia menentukan kejayaannya atau keberhasilannya. Jika demikian halnya, maka mana mungkin manusia jadi 'Ujub dengan dirinya?
(4) Setiap ibadah yang dilakukan oleh manusia, setiap sedekah, setiap usaha da'wah dan lain-lainnya atas Taufiq dan Hidayah Allah Ta'ala. Manusia takkan mampu melakukan apa jua ibadah, solat, puasa, sedekah, da'wah dan kebaktian lain. Maka dari manakah datang 'Ujub? Apa yang dia nak hairankan dengan diri sedangkan semua yang dia perbuat adalah pada hakikatnya Taufiq dan Hidayah Allah Ta'ala?
(5) Lazimkan lakukan tiga amalan ini:
Pertama: Istighfar
Kedua: Zikir La-Ilaha Illallah
Ketiga: Solawat atas Nabi sebanyak-banyaknya.
Semoga segala sifat 'Ujub (dan juga segala penyakit hati lain) akan terhalang dari menguasai hati.
Semua kaedah ini sangat mudah ditulis dan disuratkan namun tersangat berat untuk dihayati. Sifat Ujub akan sentiasa terselit di dalam amal ibadah tanpa disedarinya. Lazimnya setelah lama masa berlalu barulah dia sedar bahawa dia telah 'Ujub. Inilah sebabnya WAJIB bagi setiap orang beriman mencari Mursyid yang Siddiq (benar), berbai'at serta menerima didikannya sampai jiwanya menjadi benar-benar suci bersih.
Bersambung siri 267 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment