SIRI 265
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
Fakta-fakta Iman Orang Awam
Fakta ke-10: Rawatan dan Penjagaan
sambungan.....
(4) Rawatan dan Penjagaan dari Penyakit 'Ujub:
Setelah mengetahui betapa besarnya penyakit 'Ujub serta akibatnya yang amat dahsyat sekali sehingga membawa kepada dosa besar Syirik khafi yang batalkan segala amal ibadahnya, maka sudah pasti setiap orang beriman wajib hindarkan darinya. Namun ini amat sukar kerana tidak ada manusia yang mampu melepaskan diri dari penyakit 'Ujub yang amat halus dan merbahaya ini.
Meskipun dia seorang alim yang besar, hafal berbagai kitab, mahir berbagai ilmu alat yang menjadikannya terkenal serata dunia, namun dia tak mampu melepaskan diri dari penyakit ini. Bahkan orang-orang alim yang menguasai berbagai ilmu Syari'at serta beribadat siang dan malam lebih banyak terdedah kepada penyakit hati yang besar ini.
Dengan demikian pilihan yang tinggal adalah merawatnya. Iaitu merawat hati yang telah dikuasai oleh berbagai bentuk 'Ujub. Sebagaimana kami menyebut berulangkali, jalan terbaik merawat hati yang 'Ujub ini sehingga kembali bersih adalah mengambil Penawarnya dari Mursyid yang Siddiq. Hanya Mursyid yang Siddiq memiliki ubat, rawatan dan penawar mujarrab bagi mengubati penyakit ini, bahkan semua penyakit yang berada di dalam batin manusia.
Mursyid akan pimpin dan mendidik setiap orang menurut Disiplin Ma'rifat yang diwarisi turun-temurun dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ. Warisan Agung ini BUKAN dengan fikir aqal, bukan teori-teori, bukan sekadar catatan kitab... sebaliknya ia adalah Anugerah Allah Ta'ala kepada mereka setelah mereka sendiri mujahadah pada waktu yang lama di bawah asuhan Guru Mursyid mereka sehingga mereka berjaya menundukkan segala nafsu kejahatan serta mengalahkan segala bisikan Syaitan.
Jika seseorang belum bertemu Mursyid yang Siddiq, maka kaedah sementara merawat hati yang berpenyakit ini adalah dengan Kaedah kedua: Jalan Orang Awam sebagaimana telah disebut beberapa kali sebelum ini. Jalan Orang Awam ini TIDAK akan mampu hapuskan segala penyakit batin termasuk 'Ujub, tetapi hanya dapat mengurangkan kesan-kesannya. Dan bertahan supaya penyakitnya tidak menjadi parah sampai binasa.
Bersambung siri 266 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment