Saturday, April 18, 2026

SIRI 240


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 3:  Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke-9:  Perincian Syirik khafi ke-4:  Ujub

sambungan....



Penjelasan 6:  'Ujub dengan tubuhnya — kecantikan, kekuatan:


Contoh 1:

Orang-orang yang di Kurniakan oleh Allah kecantikan wajah atau keindahan rupa memuji diri dan memandang orang lain hina sebagai kurang cantik.  Berkata-kata dalam hati bahawa dirinya cantik dan orang lain hodoh, hitam dan sebagainya.  


Contoh 2:

Orang yang kuat bertenaga memuji diri sendiri akan kehebatannya.  Dia tertipu. Sepatutnya dia bersyukur, kembalikan segala pujian kepada Allah serta jauhi segala bentuk 'ujub!


Sememangnya zahirnya terlihat akan usaha ikhtiarnya melakukan berbagai latihan sehingga memperoleh kekuatan, namun dia lupa semua itu tetap Anugerah Allah.  Ketika kamu lupa bahawa kekuatan yang pada kamu sebenarnya kekuatan yang Allah Kurniakan, maka kamu tertipu dan Syirik!  Hal seperti ini selalu terjadi kepada orang yang terlibat di dalam pertahanan diri, anggota tentera, komando!



Penjelasan 7:  'Ujub dengan keturunan:


Setengah manusia berbangga-bangga dan 'ujub dengan keturunannya, sentiasa mengangkat-angkat keturunannya.  Dalam apa jua perkataan atau tingkah lakunya terlihat kemegahannya dan 'ujubnya.  Ini kebodohan yang nyata kerana 'ujub dengan kemuliaan keturunan hanya menjerumuskan kepada kesyirikan!


Sesungguhnya Allah Ta'ala menciptakan manusia berbangsa-bangsa, berbagai keturunan, puak, warna kulit, tidak ada yang lebih melainkan dengan Taqwa! 


Ketika kamu menghadap Allah, tiada suatu kelebihan dari segi keturunan kamu bawa!  Kamu tidak akan ditanya kamu arab atau 'ajam.  Kamu tidak akan ditanya kamu datang dari kutub utara atau selatan!  Kamu tidak dilihat sama ada kamu keturunan kulit hitam atau putih atau merah!  Hanya yang dilihat Taqwa kamu!  Jika demikian, bukankah satu kebodohan yang nyata kamu bermegah-megah dan 'ujub dengan keturunan kamu?


Bersambung siri  241 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________________

  MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 246 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...