Saturday, April 18, 2026

SIRI 239


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 3:  Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke-9:  Perincian Syirik khafi ke-4:  Ujub

sambungan....



Penjelasan 5:  'Ujub  di dalam Penulisan:


Contoh 1:

Menukil perkataan Auliya Allah.

Menukil perkataan Auliya Allah di dalam penulisan lalu merasa takjub dengan penulisannya, rasa diri hebat kerana mampu menulis hal-hal tinggi dalam tasawwuf, maka ini jelas 'ujub. 


Menukil kata-kata Auliya Allah di dalam penulisan adalah sangat baik kerana kata-kata para Auliya Allah adalah Cahaya yang menerangi hati orang-orang beriman.  Tetapi wajib waspada, hendaklah mematuhi adab-adabnya, antaranya:

Dia mestilah orang yang Arif (telah sampai Maqam Mukasyafah Zat), menyebut dengan jelas nama Auliya Allah berkenaan dan jangan sesekali memutarbelitkannya mengikut selera sendiri.


Contoh 2:

Sengaja memanjangkan penulisan semata-mata harap pujian manusia!

Sengaja menulis panjang-panjang agar pembaca memujinya sebagai orang yang luas ilmu dan pengalamannya.  Ini jelas 'ujub! 


Menulis panjang dengan tujuan memberikan kefahaman kepada pembaca atau kerana menjelaskan suatu hal yang susah difahami adalah wajar.  Namun ketika niatnya memanjangkan penulisan agar mendapat pujian manusia adalah membawa kepada syirik yang tidak disedari.


Kebanyakan penulis yang berkecimpung di dalam bidang penulisan rencana atau majalah atau buku-buku tidak memerhatikan hal ini.  Pada pendapat mereka, yang penting adalah tulisan mereka mendapat sambutan baik pembaca.


Jika engkau bertanya adakah perlu memendekkan penulisan agar tidak terjadi 'ujub?  Maka kami menjawab: Tidak! 

Tidaklah seseorang itu memendekkan penulisannya semata-mata kerana takut 'ujub.  Apa yang patut setiap penulis perhatikan adalah:  Sentiasa memelihara hatinya sepanjang penulisannya.  Jika pada satu-satu ketika datang perasaan 'ujub, berhenti sekejap, luruskan hatinya, hadapkan hatinya agar benar-benar menghadap Allah, kemudian sambunglah dengan penulisan.  In Shaa Allah selamat.!


Contoh 3: 

Sengaja membaguskan penulisan dengan tujuan menujuk-nunjuk.

Hal ini satu lagi sifat 'ujub yang sering terjadi kepada penulis.  Setiap orang yang menulis bercita-cita menarik hati pembaca dengan kata-kata indah.  Dia teruja dengan gembira dengan pujian manusia dan berazam hasilkan penulisan lebih hebat lagi.  Ini 'ujub.


Jika ada yang bertanya, adakah salah menggunakan kata-kata indah dalam penulisan?  Maka kami menjawab:  Tidak salah, bahkan haqiqatnya adalah:  Allah itu Indah.  Dia suka yang indah-indah!  Jika demikian bagaimana cara melepaskan diri dari 'ujub?


Caranya:  Ketika engkau menulis dengan kata-kata indah yang menawan hati manusia, pandanglah "Keindahan Allah" atau ingatlah bahawa Allah itu indah dan Dia suka yang indah-indah.  Nescaya kamu selamat dari tipu daya nafsu dan syaitan.


Bersambung siri  240 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________________

  MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 246 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...