SIRI 238
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
Fakta-fakta Iman Orang Awam
Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi ke-4: Ujub
sambungan....
Penjelasan 2: 'Ujub di dalam Ilmu:
(1) 'Ujub bagi penuntut Ilmu Syari'at.
(2) 'Ujub bagi penuntut Ilmu Tasawwuf / Toriqat.
Contoh:
Mereka yang memperoleh penghormatan sebagai Profesor, PhD, Drs atau lain-lainnya merasa takjub, merasa hebat, mulia, agung dsb. Inilah 'Ujub walaupun dia hanya merasa kehebatan tersebut di dalam hatinya tanpa menunjuk-nunjuk apa-apa isyarat pun di hadapan manusia. Bahkan inilah perbezaannya dengan Takabbur, Riya' dan Sum'ah yang terjadi ketika hadir manusia lain di hadapannya.
Penjelasan 3: 'Ujub di dalam Ucapan, Berkata-kata, Bersyarah:
(1) 'Ujub dengan membaguskan ucapan / memperindah syarahan.
(2) 'Ujub' di dalam Meniru kata-kata Auliya Allah.
(3) 'Ujub di dalam penguasaan berbagai bahasa.
(4) 'Ujub di dalam Membanyakkan perkataan / ucapan panjang.
Contoh:
Seseorang memberikan ucapan di khalayak ramai sehingga dikagumi manusia, lalu timbul perasaan di dalam hati akan kehebatannya bersyarah / berceramah / memberikan ucapan. Sesungguhnya hal ini lumrah terjadi kepada mana-mana Pensyarah / Penceramah / ahli pidato dsb. Amat sukar sekali membuang 'Ujub pada hati mereka, kecuali mereka melazimkan diri mereka dengan didikan dan asuhan Mursyid yang Siddiq.
Penjelasan 4: 'Ujub di dalam Berpakaian:
(1) 'Ujub ketika berpakaian indah, baru, mahal.
(2) 'Ujub ketika berpakaian lusuh, buruk, murah.
(3) 'Ujub ketika memakai pakaian kemuliaan.
Contoh:
Seseorang yang berpakaian indah, berpakaian kemuliaan, berpakaian Pembesar-pembesar dan sebagainya lalu merasa hairan, mulia, hebat dengan pakaian tersebut.
Contoh:
Seseorang berpakaian lusuh, buruk, rambut kusut, lalu merasakan diri sudah hebat sebagai seorang zuhud dan wara'.
Contoh:
Seseorang memakai pakaian Sunnah Nabi ﷺ seperti jubah dan serban lalu takjub di dalam hatinya sebagai orang yang mulia.
Demikianlah penjelasan sebahagian dari bentuk-bentuk 'Ujub yang lazim terjadi kepada mereka yang melakukan ibadah dan kebajikan.
Selain dari bentuk-bentuk 'Ujub yang tersebut di atas, masih banyak lagi bentuk-bentuk lain yang mungkin timbul di dalam hati pelakunya. Ringkasnya apa sahaja pekerjaan atau perbuatan yang menimbulkan perasaan takjub, hairan akan diri sendiri, perasaan kehebatan di dalam hati, perasaan diri cemerlang, perasaan diri sudah baik dan sempurna dll sepertinya, maka jatuhlah kepada 'Ujub yang membinasakan....!
Bersambung siri 239 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment