Saturday, April 18, 2026

SIRI 237


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 3:  Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke-9:  Perincian Syirik khafi ke-4:  Ujub

sambungan....



Bentuk-Bentuk 'Ujub:


Pertama:  'Ujub di dalam Ibadah

Kedua:  'Ujub di dalam Ilmu

Ketiga:  'Ujub di dalam Ucapan / Berkata-kata / Bersyarah

Keempat:  'Ujub di dalam Berpakaian

Kelima:  'Ujub di dalam Penulisan

Keenam:  'Ujub dengan tubuhnya, kekuatan

Ketujuh:  'Ujub dengan keturunan

Kelapan:  'Ujub dengan kekayaan, harta benda

Kesembilan:  'Ujub dengan banyaknya anak atau pengikut 

Kesepuluh:  'Ujub dengan pangkat, kedudukan



Penjelasan 1:  'Ujub dalam Ibadah:

'Ujub dalam ibadah mempunyai 3 sisi:

Sisi 1 —  'Ujub' di dalam Membanyakkan Ibadah

Sisi ke-2 —  'Ujub di dalam Mengelokkan Ibadah

Sisi ke-3 —  'Ujub di dalam Meninggalkan Ibadah


Contoh:

Seseorang beribadah sepanjang malam, lalu bangkit perasaan di dalam hatinya bahawa dirinya sudah baik disebabkan amalnya yang banyak.  Atau dia rasa hairan dengan amalnya sendiri seperti katanya dalam hati...

"hebat juga aku dapat solat tahajjud banyak ni"  

atau .....

"hairan aku macam mana ye aku boleh ibadah banyak ni"    

atau....

"barangkali aku seorang saja yang ibadat banyak macam ni"... 

atau lain-lain sepertinya.


Hal inilah yang paling lumrah terjadi kepada ahli ibadah, abid dan orang yang rajin melakukan berbagai ibadah malam.  Sedangkan semua ini adalah 'Ujub yang wajib dijauhi jika tidak akan jatuhlah kepada Kemurkaan Allah.  Wal Iyazubillah. 


Awas!

'Ujub sememangnya penyakit hati yang amat besar serta sentiasa membayangi mereka yang membanyakkan ibadah atau kebajikan. 


Namun seseorang yang meninggalkan ibadah yang banyak disebabkan takut menjadi 'Ujub, ini satu lagi penyakit halus yang sangat tersembunyi.


Apabila dia mengurangkan ibadah atau sedikit melakukan kebajikan kerana takut menjadi 'Ujub, lalu terasalah di dalam hatinya dia hebat kerana dia berjaya menjauhkan 'Ujub.  Maka ini satu sisi lain 'Ujub yang amat halus, bahkan orang semacam ini termasuk "ghurur" — tertipu dengan diri sendiri.   


Jika demikian apa yang patut dilakukan?  Jawapannya:  Bersungguh-sungguhlah ibadah kepada Allah, siang dan malam.  Tetapi pada masa yang sama mujahadahlah melawan nafsu kejahatan yang menyeru kepada 'Ujub (serta kekejian lain) sehingga ia tunduk menyerah kalah.  Ertinya jangan sesekali mengurangi ibadah semata-mata kerana takut menjadi 'Ujub.   


Sesungguhnya hal ini amat rumit sekali.  Apabila seseorang tingkatkan ibadah, datang berbagai bisikan jahat menyuruhnya 'Ujub.  Kemudian apabila dia cuba kurangkan ibadah semata-mata kerana takut 'Ujub, datang pula bisikan lain yang mendorongnya kepada 'Ujub. 


Hati insan sentiasa berbolak-balik mengikut bisikan halus nafsu dan syaitan.  Iblis dan syaitan serta kuncu-kuncunya dari kalangan Jinn-jinn jahat sentiasa menunggu peluang untuk membisikkan keraguan, keburukan serta waswaskan.  Hati itu wajib disucikan dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq.


Inilah sebabnya sekalian Ulama Ahlus Sunnah yang hebat-hebat terdahulu _musyafahah_ dengan Mursyid yang Siddiq, mendidik hati dengan bimbingan Mursyid.  Pendidikan khusus inilah yang dikenali sebagai Sistem Pendidikan Ahli Sufi pada zaman kemudian dari kurun Sahabat.  Ini kerana hanya Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat, Mursyid yang Siddiq mewarisi Nubuwwah dan Risalah Rasulullah ﷺ.


Bersambung siri  238 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________________

  MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 246 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...