Saturday, April 18, 2026

SIRI 235


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 3:  Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke-9:  Perincian Syirik khafi ke-4:  Ujub

sambungan....



Dalil Larangan 'Ujub:

================


Firman Allah Ta'ala:


وَيَوۡمَ حُنَيۡنٍ‌ إِذۡ أَعۡجَبَتۡڪُمۡ كَثۡرَتُڪُمۡ فَلَمۡ تُغۡنِ عَنڪُمۡ شَيۡـًٔا وَضَاقَتۡ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡأَرۡضُ بِمَا رَحُبَتۡ ثُمَّ وَلَّيۡتُم مُّدۡبِرِينَ 


"dan di hari Perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa takjub (bangga) dengan sebab bilangan kamu yang ramai; tetapi bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri". 

[At-Taubah (9) : Ayat 25]


Firman Allah Ta'ala:


  يأَيُّهَا الَّذِينَ ءامَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَـتِكُم بِالْمَنّ وَالاْذَى……


"Wahai orang-orang yang beriman!  Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan kebanggaan dan cercaan….”

[Al-Baqarah (2) : Ayat 264]


Firman Allah Ta'ala:


فَلَا تُزَكُّوٓاْ أَنفُسَكُمۡ‌ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰٓ


"Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa).  Dialah sahaja (Allah) yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa". 

[An-Najmi (53) : Ayat 32]


Rasulullah ﷺ bersabda:

"Tiga perkara yang membinasakan, iaitu kikir yang dituruti, hawa nafsu yang diikuti dan menghairani manusia (ujub) dengan dirinya”.  

[Imam At-Tabarani]


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Seseorang yang menyesali dosanya, maka ia menanti Rahmat Allah.  Sedang seseorang yang merasa ‘Ujub, maka ia menanti Murka Allah”. 

[Imam Al- Baihaqi]


Bersambung siri  236 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 246 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...