SIRI 136
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin
Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan
Poin 16: Contoh-Contoh Iblis sebarkan penyakit
sambungan....
Pengalaman Sendiri:
Sekalian dalil-dalil tersebut adalah sangat umum, maka perlu kepada huraian orang yang benar-benar mahir di dalam hal ehwal Ketuhanan dan Dunia Keruhanian keseluruhannya. Hanya Ahli Ma'rifat, Ahli Sufi, Mursyid yang Siddiq memiliki pengetahuan yang sebenar berhubung dengan hal ini.
Sesungguhnya pengetahuan berhubung dengan jalan-jalan iblis dan kuncu-kuncunya menyerang dan mengganggu manusia seperti yang disebutkan di atas diketahui oleh Ahli Ma'rifat melalui tiga cara:
(1) Ilmu yang Allah Ta'ala curahkan ke dalam dada Ahli Ma'rifat yang telah lama mujahadah di bawah bimbingan dan asuhan Guru mereka yang Arif. (Warisatul Anbiya' yang Siddiq). Mereka telah mengesahkan sekalian ilmu yang mereka peroleh dengan Guru mereka, maka tiada keraguan akan kebenarannya.
(2) Curahan ilmu dan limpahan keruhanian Guru mereka yang Arif, ertinya khabar dari Guru sendiri yang benar-benar Arif Billah.
(3) Pengalaman sendiri menghadapi pesakit-pesakit yang menderita sakit kronik ini akibat dari gangguan dan rasukan syaitan. Lazimnya yang datang berjumpa untuk rawatan adalah mereka yang sudah lama menderita penyakit-penyakit tersebut di atas ; setengahnya sakit selama puluhan tahun. Setengahnya menderita sejak remaja sampai ke tua. Walaupun mereka sudah bertemu ramai pakar-pakar kesihatan, doktor, ustaz-ustaz syifa’ … namun tiada hasil.
Contoh-contoh Peristiwa sebenar yang telah terjadi akibat gangguan jinn syaitan di dalam tubuh manusia:
Berikut kami sebutkan beberapa contoh dari peristiwa sebenar mangsa yang terkena gangguan jinn Syaitan. Mereka telah menghidap penyakit misteri, ganjil dan kronik namun tiada rawatan dari perubatan moden:
Contoh 1 :
Seorang wanita berumur 70an menghadapi masalah kesihatan yang sangat berat akibat kehilangan darah di dalam badannya. Beliau terpaksa berulang alik ke hospital setiap minggu untuk menambah darah. Beliau menderita penyakit ini selama tiga puluh tahun namun tiada doktor pakar mampu merawatnya. Pakar-pakar ini juga tak jumpa punca penyakit ini dan tiada rawatan moden untuknya.
Contoh 2 :
Seorang lelaki membawa isterinya yang menderita sakit yang sangat kronik. Kesakitannya seperti gastrik, perut memulas, sakit menyucuk-cucuk yang tiada tertahan kesakitannya. Isterinya selalu jatuh pengsan apabila mula berjalan akibat kesakitan yang tiada tertanggung. Pakar-pakar kesihatan yang memeriksanya mengesahkan tubuh badannya sihat. Jantung, perut, usus, buah pinggang semuanya berfungsi dengan baik. Tiada komplikasi ditemui. Mengikut kata suaminya mereka telah habiskan wang berjumlah RM 20,000 dan telah menemui 3 pakar dari berbagai hospital terkemuka, namun semua doktor pakar yang memeriksa isterinya mengatakan isterinya sihat dan mereka tidak menemui jawapan kepada kesakitan yang dialaminya. Selama 2 tahun si isteri menanggung kesakitan seperti ini dan hanya bertahan dengan "pil tahan sakit"
Contoh 3 :
Pasangan suami isteri sentiasa bergaduh. Tiada ketenteraman di dalam rumah. Selalu bertikam lidah hanya kerana perkara-perkara remeh. Tiada kepuasan di dalam hubungan kelamin. Walaupun mereka sedar apa yang terjadi itu sepatutnya tak berlaku, namun mereka tak mampu mengatasinya. Pasangan yang bermasalah seperti ini sangat banyak.
Bersambung siri 137 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment