SIRI 135
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin
Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan
Poin 16: Contoh-Contoh Iblis sebarkan penyakit
sambungan....
Berikut adalah sebahagian dari dalil-dalil berkenaan kemasukan iblis serta kuncu-kuncunya ke dalam tubuh manusia lalu mendatangkan berbagai penyakit dan kemudaratan kepada jantung, otak, paru-paru, perut, kemaluan, tulang belakang dan bahagian-bahagian penting tubuh manusia.
(1) Syaitan menyerang manusia dari segala arah, zahir dan batin:
Firman Allah:
قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ
"Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. "
[Al-A'raf (7) : Ayat 16-17]
(2) Syaitan memasuki dada manusia:
Firman Allah:
مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ (٤) ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ (٥) مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ
Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia.
[An-Nas (114) : Ayat 5 dan 6]
(3) Syaitan merasuk tubuh manusia:
Firman Allah:
ٱلَّذِينَ يَأۡڪُلُونَ ٱلرِّبَوٰاْ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِى يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ مِنَ ٱلۡمَسِّ
"Orang-orang yang memakan riba' itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu."
[Al-Baqarah (2) : Ayat 275]
(4) Syaitan mengganggu faraj wanita:
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Jika seorang dari kamu mendatangi ahlinya (mendatangi isterinya untuk jimak), maka baca lah :
اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
(Dengan Nama Allah. Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan. Dan jauhkanlah syaitan dari barang yang Engkau Kurniakan rezeki kepada kami.) Maka jika Allah Ta'ala Kurniakan bagi keduanya anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya”."
[Imam Bukhari]
(5) Syaitan kencing ke dalam telinga, hidung, mulut dan segala laluan terbuka:
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Lelaki itu (yang tertidur dan tak bangun untuk solat Subuh) telah dikencing oleh syaitan di kedua telinganya.” Atau Baginda bersabda: “Di telinganya.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
(6) Syaitan masuk mimpi:
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.
[Imam Bukhari]
(7) Syaitan memasuki tubuh dan meresap ke dalam darah:
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya syaitan itu berjalan di dalam diri anak Adam melalui aliran darah.”
[Imam Muslim]
Bersambung siri 136 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment