Thursday, March 12, 2026

SIRI 134


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan


Poin 16: Contoh-Contoh Iblis sebarkan penyakit

sambungan....



Keenam:  Memasuki tulang belakang dan belikat dan menggangu saraf tulang belakang yang menyambung ke otak. 

Hasilnya adalah penyakit Sclerosis yang akibatkan kabur penglihatan, hilang selera makan, tubuh menjadi lemah dan kesakitan yang amat kuat di dalam kepala.


Ketujuh: Memasuki perut dan usus dan membiak di dalamnya.

Hasil nya adalah sakit perut berpanjangan,  menyucuk-nyucuk di dalam perut seakan-akan penyakit gastrik dan berbagai penyakit usus. 


Kelapan:  Memasuki faraj wanita dan membiak di dalamnya.

Keadaan ini lazim terjadi ketika wanita itu haid.  Pembiakan kuman-kuman di dalam faraj membawa kepada terbentuknya cyst, polyst dan fibroid.  Di samping itu, wanita yang terkena gangguan ini akan terkena penyakit lain seperti senggugut dan istihadhah (darah penyakit yang terus mengalir) dan kanser rahim.  Semua ini berpunca dari aktiviti jinn syaitan di dalam faraj wanita itu.


Kesembilan: Meresap ke dalam darah dan  mengubah struktur sel darah.

Jinn syaitan yang memasuki badan manusia melakukan mutasi, mengubah struktur DNA sehingga mirip kepada DNA jinn syaitan, mengubah bentuk dan kelakuan sel sehingga terjadi pembiakan sel tak menentu atau berbagai komplikasi sel.  Kesannya terjadi berbagai penyakit kronik yang tak mampu dicari puncanya seperti Thalasemmia, Anemia, Lukemia dan kanser darah.

Doktor moden akan mengatakan “hilang darah”, sedangkan yang sebenarnya darah manusia ini diserap oleh jinn syaitan atau menukar sistem sel darah sehingga berubah menjadi sel yang tak dikenali.


Punca sebahagian dari penyakit-penyakit tersebut di atas boleh juga terjadi akibat dari kesan alam seperti cuaca dan ruang udara tidak sihat.  Atau kerana tabiat diri seperti cara pemakanan tidak sihat, tiada senaman dan lain-lain.  Namun kebanyakan penyakit tersebut di atas adalah terjadi akibat dari gangguan jinn syaitan di dalam tubuh manusia.  Hal ini  menjadi kebingungan bagi kebanyakan manusia termasuk pakar-pakar kesihatan moden.


Doktor-doktor pakar tak mampu mengesan punca penyakit-penyakit kronik ini. Semua alat pengimbas elektronik yang termaju seperti X-Ray, CT scan, MRI juga gagal mengesan apa-apa aktiviti asing (abnormal) di dalam tubuh pesakit.  Doktor akan mengatakan organ-organ kamu berfungsi dengan normal dan baik. 


Mengapa pakar-pakar kesihatan dan alat elekronik tak mampu mengesan punca penyakit ini dan tidak dapat memberikan rawatan sesuai dengan penyakit tersebut?   Jawapannya :  Jinn syaitan terlindung dari pandangan zahir manusia.  Tiada manusia mampu melihatnya (kecuali Ahli Ma'rifat yang dibukakan mata hatinya oleh Allah Ta'ala), maka segala aktiviti jinn syaitan juga tak dapat dikesan oleh pancaindera zahir termasuk alat elektronik yang pintar sekalipun.


Mereka yang pertama kali mendengar penjelasan ini akan kebingungan dan mungkin juga tak percaya wujudnya gangguan jinn syaitan di dalam tubuh dan darah mereka sehingga terjadi berbagai penyakit kronik.  Ini yang terjadi juga kepada orang alim, ahli ibadah, hafiz Qur’an dan lain-lain.


Bersambung siri 135 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 140 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...