Thursday, March 12, 2026

SIRI 133


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan


Poin 16: Contoh-Contoh Iblis sebarkan penyakit


Iblis menyebarkan kuman-kuman penyakit sehingga Lumpuh Ibadah. Ini adalah langkah terakhir iblis dalam usaha dia menghalang manusia daripada jalan Allah.


Jika iblis gagal menyeru seseorang kepada kekafiran, kemudian kesesatan, kemudian kefasikan — ketika iblis gagal di dalam tiga Langkah awal ini, maka langkah akhir iblis adalah memasuki, menyerap ke dalam tubuh manusia lalu mendatangkan berbagai gangguan kepada sistem biologi tubuhnya.


Berikut adalah ringkasan berkenaan cara dan jalan-jalan iblis menggerakkan tenteranya bagi melaksanakan kerja jahat memasuki tubuh manusia untuk mendatangkan berbagai penyakit dan kemudaratan lainnya 

(Peringatan Penting : sesungguhnya semua ini dengan Izin Allah jua,  iblis dan kuncu-kuncunya tiada kuasa sedikit pun untuk mendatangkan kemudaratan).


Pertama:  Meludah dan kencing pada badannya dan ke dalam ruang-ruang terbuka seperti hidung, telinga, mulut.

Hasilnya terjadi berbagai penyakit pada kulit tubuh, mata, mulut, telinga, hidung.  Terjadi gatal-gatal di dalam mata, telinga dan hidung.   Kulit kering, merekah atau timbul lebam-lebam berwarna merah, biru atau hitam.  Jika kuman yang disebarkan itu banyak dan kuat, maka boleh terjadi barah (cancer), atau Psoriasis atau Eczema atau penyakit kulit lain yang kronik. 


Kedua: Memasuki tubuh melalui pernafasan dan ganggu Sistem Pernafasan dan paru-paru.

Hasilnya adalah sering sesak nafas terutama waktu malam.  Akibat yang lebih buruk adalah terjadi lelah dan asthma.


Ketiga:  Meresap ke dalam Ruh Idhafi  (iaitu Ruh yang memesrakan hayat pada seluruh tubuh) dan merasuknya.

Orang yang kena rasuk dengan syaitan ini akan hilang kawalan, jadi histeria, menjerit-jerit, memekik-mekik dengan kuat.  Suara dan mukanya berubah dan menakutkan bagi orang yang melihatnya.  Tangan dan kakinya menjadi keras dan kuat melebihi kekuatan manusia biasa.  


Keempat:  Memasuki jantung dan mengganggu proses jantung mengepam darah. 

Hasilnya adalah komplikasi di dalam jantung yang menyebabkan aliran darah tidak normal dan tersangkut-sangkut.  Ini membawa kepada kebas-kebas kaki dan tangan.  Atau dada berdebar-debar tak menentu, melebihi kadar nadi yang normal atau terjadi sesak nafas.


Kelima: Memasuki sel-sel otak dan mengganggu sistem saraf otak.

Hasilnya adalah berbagai penyakit mental seperti depression, skizofernia, Bipolar disoder, barah otak. Alzeimer, Dimentia dan Parkinson juga sebahagiannya berpunca dari otak yang mengecut hasil aktiviti jinn syaitan.


Bersambung siri 134 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳 

No comments:

Post a Comment

SIRI 140 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...