SIRI 132
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin
Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan
Poin 15: Contoh-Contoh Iblis menarik kepada kefasikan
sambungan....
Contoh 6: Jatuh Fasiq kerana abaikan Toriqat (Tasawwuf)
sambungan.....
Dengan demikian, orang-orang awam yang belum cukup ilmu termasuk orang-orang bergelar Profesor, Ustaz, Kiyai, Mufti dan lain-lain janganlah cepat menuduh Toriqat itu sesat secara buta. Jika tak tahu tanya pada Ahlinya. Orang yang benar-benar Arif di dalam hal ehwal Toriqat, Ma'rifat dan dunia keruhanian adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, yang telah menerima Warisan Rasulullah ﷺ secara tertib, beradab dari tangan Pewaris-pewaris Nabi yang Siddiq turun-temurun tanpa putus.
Pada zaman ini (bahkan sebelum ini juga) sebahagian pengikut Ahlus Sunnah beranggapan Toriqat-Tasawwuf tidak wujud. Setengah yang lain pula mengatakan Toriqat - Tasawwuf hanya sunnat diamalkan bukan wajib. Bahkan ada ustaz-ustaz dan penda'wah yang terlibat di dalam politik mengingkari kewujudan Toriqat Mu'tabar yang diwarisi dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ. Mereka mempertikaikan Toriqat Mu'tabar yang sahih Naqsyabandiah, Qadiriyyah, Syattariah, Sammaniyyah, Syaziliah, Ahmadiyyah, Darqawiyyah, Jistiyyah dan lain-lain yang Mu'tabar yang sudah terkenal di kalangan Ahlus Sunnah. Pada pendapat orang-orang ini (ahli politik) Toriqat semua rekaan Ahli Sufi sahaja. Wal Iyazubillah!
Sungguh aneh!
Kamu mengaku Ahlus Sunnah tetapi pendirian, pegangan dan i'tiqad kamu berlawanan dengan Ahlus Sunnah. Kamu akui Syari'at Nabi ﷺ tetapi pada masa yang sama kamu ingkari Toriqat Nabi ﷺ ?
Kamu mengaku solat, puasa, zakat dan lain-lain itu wajib tetapi pada masa yang sama kamu ingkari kewajipan sucikan hati daripada semua penyakit hati?
Kamu menafikan kewajipan bersihkan hati dari syirik dan mazmumah dalam hati?
Kamu menafikan kewajipan melawan nafsu-nafsu kejahatan di dalam diri kamu? Kamu menafikan mujahadah melawan bisikan-bisikan syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan kamu dari jalan lurus? Sangat aneh!
Barangkali inilah contoh penyelewengan yang paling umum dan paling banyak berlaku di kalangan pendokong-pendokong Ahlus Sunnah. Mereka hanya amalkan Syari'at (fiqh) tetapi meninggalkan Tasawwuf dan Toriqat Rasulullah ﷺ. Lebih aneh lagi penyelewengan ini berlaku juga di kalangan orang-orang bergelar "cerdik pandai Agama" dan penguatkuasa Agama yang memiliki berbagai pangkat PhD, Drs, Masters, Mufti dan sebagainya. Mereka TIDAK mempunyai pengetahuan berkenaan Toriqat yang sahih yang warid dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ namun sewenang-wenang melakukan berbagai tohmahan dan tuduhan buta terhadapnya.
Adakah kalian "melihat " apa yang sedang berlaku?
Inilah kesukaan iblis. Inilah kemahuan iblis. Inilah taktik iblis menarik orang awam yang jahil dan "cerdik pandai" Agama yang buta kepada jaringan iblis yang lebih halus, sekira-kira mereka (orang Islam) tidak menyedari mereka telah memasuki perangkap iblis yang halus ini yang membawa kepada kefasikan. Wal Iyazubillah...!
Bersambung siri 133 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment