Thursday, March 12, 2026

SIRI 137


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan


Poin 16: Contoh-Contoh Iblis sebarkan penyakit

sambungan....




Contoh 4:

Seorang doktor pakar datang mengadu masalah beliau sesak nafas selama 3 tahun.  Menurutnya sesak nafas ini terjadi selepas 12.00 tengah malam. Beliau (yang sememangnya pakar kesihatan)  telah membuat pemeriksaan menggunakan MRI, CT Scan dan lain-lain pemeriksaan untuk mengenalpasti punca penyakit nya, namun keputusannya membingungkan beliau kerana ogan-organ di dalam tubuh beliau berfungsi dengan baik, tiada apa-apa komplikasi.  Jantung, paru-paru, dan sistem peredaran darah beliau berfungsi dengan baik.  Beliau tidak menemui jawapan kepada penyakit yang beliau hadapi.


Demikian beberapa contoh sebagai gambaran umum sahaja.  Banyak lagi kisah yang hampir serupa.  Hal yang amat penting untuk diperhatikan di sini adalah "persamaan" yang wujud pada diri mereka:


1. Penyakit mereka tersangat kronik dan tiada tertanggung kesakitannya.


2. Menderita kesakitan pada waktu yang lama, setengahnya puluhan tahun menderita namun tiada penawarnya.


3. Alat elektronik tak dapat mengesan punca penyakit mereka.


4. Doktor pakar juga tiada jawapan kepada penyakit-penyakit misteri ini, meskipun setengah penyakit-penyakit tersebut kelihatan serupa dengan penyakit yang lazim terjadi. 


5. Tabib atau Perawat  yang menggunakan kaedah ruqyah juga tiada penawar bagi penderita sakit kronik ini.


6. Doktor pakar sendiri terkena penyakit kesakitan misteri yang mereka tak mampu mencari puncanya dan penawarnya.

Semua maklumat di atas memberikan gambaran bahawa punca penyakit  ini adalah daripada gangguan jinn syaitan.  Oleh kerana jinn syaitan terlindung dari pandangan manusia, maka demikian juga kuman serta aktiviti jinn syaitan ini tak mampu dikesan oleh pakar-pakar kesihatan moden atau alat elektronik moden atau perawat traditional sekalipun.


Ajaib?  

Susah percaya?

Ikuti seterusnya ....


Bersambung siri 138 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 140 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...