Thursday, March 12, 2026

SIRI 130


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan


Poin 15: Contoh-Contoh Iblis menarik kepada kefasikan

sambungan....


Contoh 6:  Jatuh Fasiq kerana abaikan Toriqat (Tasawwuf)

sambungan.....


Jika mereka hanya amalkan Syari'at (fiqh) sahaja, maka mereka akan jatuh menjadi fasiq.  Jika mereka amalkan Toriqat (Tasawwuf) sahaja, maka ditakuti mereka jatuh kepada zindiq.  


Imam Malik Radhiallahu Anhu berkata:

“Sesiapa yang mempelajari ilmu fiqh tanpa mengamalkan (hayati) Tasawwuf, maka dia telah menjadi fasiq.  Dan sesiapa yang mengamalkan Tasawwuf tanpa mempelajari ilmu fiqh, maka dia telah menjadi zindiq.  Dan sesiapa yang menggabungkan antara kedua-duanya, maka dia telah mencapai kebenaran. ”

[Nukilan di dalam kitab : Ihya Ulumuddin - Imam Ghazali]


Kata-kata hikmah Imam Malik ini bukan sahaja dinukil oleh Imam Ghazali di dalam karya-karya beliau, tetapi juga dinukilkan oleh ramai sekali Ulama Ahlus Sunnah Mu'tabar.  Di antaranya....


Qawaid Tasawwuf - Imam Zarruq

Risalah Ma'rifat - Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi

Tanwirul Qulub - Imam Amin Kurdi

Qutul Qulub — Imam Abu Talib Al Makki

Tabaqat Asy-Sya'rani — Imam Asy-Sya'rani

Risalah Qusyairiyah — Imam Qusyairi

Sirus Salikin - Shaikh Abdus Somad Al Falimbani

 

Jika ada yang musykil dan bertanya mengapa seseorang menjadi fasiq apabila meninggalkan Tasawwuf dan Toriqat Rasulullah ﷺ maka Jawapannya adalah :  


(1) Tidak berusaha menyucikan hati daripada sekalian Syirik dalam hati — 'ujub, riya', sum'ah, takabbur, tawakkal pada makhluq dan lain-lain sedangkan telah thabit di dalam Al-Qur'an dan Hadith  secara qat'ie (terang nyata dan putus) bahawa Sucikan Hati itu adalah fardhu Ain atas setiap orang Muslim.  Cara-cara menyucikan hati daripada sekalian kesyirikan hati ini hanya ditunjukkan di dalam Disiplin Toriqat. 


(2) Tidak berusaha menyucikan hati daripada mazmumah (segala sifat-sifat keji dalam hati) seperti Su-uz-zonn  (jahat sangka), hasad (dengki), bakhil (kedekut), toma' (tamak haloba), dan lain-lain sedangkan semua ini adalah dosa besar yang membawa kepada kefasikan.  Seseorang Muslim tidak akan mampu membuang segala sifat-sifat kekejian ini melainkan melalui Toriqat Rasulullah ﷺ.


(3) Tidak berusaha hapuskan bisikan nafsu kejahatan dan bisikan iblis sedangkan ini perintah Allah Ta'ala yang amat terang di dalam Al-Qur'an.  Seseorang Muslim tidak mempunyai jalan untuk hapuskan semua bisikan jahat ini melainkan dia mengikuti Sistem Pendidikan Toriqat.


(4) Tidak dapat melakukan Zikir yang diwajibkan atas setiap orang Islam.  Zikrullah yang diwajibkan atas setiap orang beriman adalah Zikir berterusan dalam hati.  Cara-cara mengerjakan Zikrullah ini, berserta syarat-syaratnya, peraturannya, kaifiyyatnya dan adab-adabnya hanya terdapat di dalam Sistem Pendidikan Toriqat.  Ilmu Fiqh tidak akan mengajar ilmu ini.


Bersambung siri 131 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 140 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...