SIRI 6
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ
الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
وَبَرَكَاتُهُ
Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah
Fasal 2: Dalil-Dalil Ahlus Sunnah Wal
Jama'ah
Dalil 1: Firman Allah:
وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ
عَن سَبِيلِهِ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku yang
lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan
(yang lain), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari
jalan Allah. Dengan yang demikian itulah
Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”
[Al-An’am (6) : Ayat 153]
Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu:
Ayat di atas dan yang seumpama
dengannya di dalam al-Qur’an adalah merujuk kepada Perintah Allah terhadap golongan Mukmin agar sentiasa berada
dalam jamaah dan menegah mereka daripada perselisihan dan perpecahan yang
menyesatkan.
[Tafsir Ibn Abbas]
Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:
Yang dikehendaki dengan Jalan Lurus
adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Dan yang
dikehendaki dengan "jalan cerai-berai" adalah jalan kelompok-kelompok
bid'ah sesat yang keluar dari Saf Ummat. [72 Golongan bid'ah sesat — Khawarij
(wahhabiyyah), Syi'ah (rafidhi), Mu'tazilah, Jabariyyah dan lain-lainnya]. (Kemudian beliau menukil Hadith berkenaan
perpecahan Ummat Islam kepada 73 golongan dan yang selamat hanya satu iaitu Ahlus
Sunnah Wal Jama'ah).
Hadith Rasulullah ﷺ:
عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ
اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اِفْتَرَقَتِ الْيَهُوْدُ عَلَى إِحْدَى
وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ وَافْتَرَقَتِ
النَّصَارَى عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَإِحْدَى وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ
وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَتَفْتَرِقَنَّ
أُمَّتِيْ عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً وَاحِدَةٌ فِيْ الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ
وَسَبْعُوْنَ فِيْ النَّارِ، قِيْلَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ مَنْ هُمْ؟ قَالَ: الْجَمَاعَةُ.
"Berkata Sayyidina ‘Auf Bin Malik
Radhiallahu anhu, Sabda Rasulullah ﷺ :
“Yahudi terpecah menjadi 71 (tujuh puluh satu) firqah (golongan), satu masuk
Syurga dan yang 70 (tujuh puluh) di Neraka.
Dan Nasrani terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) firqah (golongan),
yang 71 (tujuh puluh satu) golongan di Neraka dan yang satu di Syurga. Dan demi Tuhan yang jiwa Muhammad berada di
Tangan-Nya, ummatku benar-benar akan terpecah menjadi 73 (tujuh puluh tiga)
firqah, yang satu di Syurga, dan yang 72 (tujuh puluh dua) golongan di Neraka,’
Ditanyakan kepada Baginda , "Siapakah mereka (satu golongan yang masuk
Syurga itu) wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, “Al-Jama’ah.”
[Imam Tirmizi]
[Tamat nukilan dari kitab Tafsir
Al-Jami' Al-Qur'an]
No comments:
Post a Comment