SIRI 7
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ
الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
وَبَرَكَاتُهُ
Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal
Jama'ah
Fasal 2: Dalil-Dalil Ahlus Sunnah Wal Jama'ah
Dalil 2: Firman Allah:
يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ فَأَمَّا الَّذِينَ اسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكَفَرْتُم
بَعْدَ إِيمَانِكُمْ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ
“(Ingatlah akan) hari (Qiamat yang
padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka
(orang-orang) menjadi hitam legam. Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu
beriman? Adapun orang-orang yang telah
hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): Oleh itu rasalah
azab seksa Neraka disebabkan kekufuran kamu itu".
[Aali- Imran (3) : Ayat 106]
Tafsiran umum:
Firman Allah di atas BUKAN ditujukan
kepada orang kafir tetapi kepada golongan orang Islam pada awalnya kemudian
mereka berpaling menjadi kafir. Ini kerana ayat Allah : “Patutkah kamu kufur
ingkar sesudah kamu beriman?” Ertinya di kalangan orang Islam sendiri yang
mengaku beriman tetapi pada hakikatnya mereka sudah jatuh murtad atau kafir
terang-terangan. Wal Iyazubillah.
Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:
Menurut Ibn Abbas, wajah mereka yang
putih berseri adalah pendokong Sunnah (Ahlus Sunnah wal Jamaah) dan muka mereka
yang hitam legam adalah pendokong Bid’ah sesat [Khawarij (wahhabiyyah), Syi’ah
(rafidhi), Mu’tazilah, Jabariyyah dan lain-lain berjumlah 72 golongan].
[Tafsir Qurtubi]
Berkata Imam Ibn Kathir Radhiallahu
anhu:
"Pengikut-pengikut Ahlus Sunnah
akan bersinar dengan cahaya putih dan pendokong Bid'ah dan perpecahan akan
menjadi gelap."
[Tafsir Ibn Kathir]
Berkata Sayyidina Abu Umamah
Radhiallahu anhu:
Mereka yang wajah mereka hitam legam
(merujuk Firman Allah Aali-Imran ayat 106) adalah kaum Khawarij (golongan
pemberontak paling awal) dan wajah mereka yang bercahaya adalah orang-orang
yang mereka bunuh.
[Imam Tirmizi]
No comments:
Post a Comment