SIRI 8
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ
الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
وَبَرَكَاتُهُ
Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah
Fasal 2: Dalil-Dalil Ahlus Sunnah Wal
Jama'ah
Dalil 3: Firman Allah:
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ
عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku
dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan
basirah (penyaksian yang jelas). Maha
Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin.”
[Surah Yusuf (12) : Ayat 108]
Tafsiran Al-Imam Sulton Auliya Shaikh
Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
"Dalam ayat ini yang dimaksud
dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru
Kerohanian yang sebenar (iaitu Pewaris Nabi yang muhaqqiq) yang akan
datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ, yang akan mewarisi ilmu batin baginda dan
kebijaksanaan Baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah. (mereka dikenali sebagai Mursyid, Ahli
Sufi, Ahli Ma'rifat).
Manusia yang demikian digambarkan
sebagai ۥ وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ (Wali Mursyid - pelindung dan
pembimbing sebenar)
[Surah al-Kahfi (18) : Ayat 17 ]
"
[Tamat nukilan kitab : Sirrul Asrar]
Penjelasan tambahan:
Sesungguhnya detik permulaan
Kepimpinan “Ahlus Sunnah Wal Jama’ah” adalah daripada Khulafa Ar-Rasyidin dan
BUKAN pada kurun ke-3 Hijriyyah sebagaimana sangkaan sebahagian orang. Ketika
sebahagian orang Islam mula keluar dari Saf Ummat Islam dan membentuk
firqah-firqah sendiri, yang menyalahi Al-Qur’an dan Sunnah, para Sahabat
khususnya Khulafa Ar-Rasyidin tetap berpegang dengan Al-Qur’an dan Sunnah
Rasulullah ﷺ.
Sebagaimana kami tegaskan:
Satu-satunya golongan yang tetap berpegang kepada Al-Qur’an dan Sunnah Baginda
dan tidak pernah berpisah dari Jalan Utama Wahyu hanyalah satu golongan, iaitu
Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang dipelopori oleh para Sahabat Ridhwanullah yang
memperoleh Petunjuk Allah, khususnya Khulafa Ar-Rasyidin, Sayyidina Abu Bakar,
Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali Ridhwanullah Alayhi
Ajma’in. Merekalah Penunjuk Jalan Lurus
dan Jalan Kebenaran. Merekalah Generasi Mursyid Pewaris Nabi yang pertama bagi
Ummat ini. Generasi Pewaris Nabi
seterusnya dikenali sebagai Mursyid, Imam, Shaikh, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat
yang Siddiq.
Khulafa Ar-Rasyidin diberi gelaran
“Ar-Rasyidin” kerana merekalah yang menunjukki jalan lurus, jalan sebenar
Kembali kepada Allah. Daripada merekalah
mengalir ilmu Agama yang suci murni, zahir dan batin, turun - temurun daripada
satu Generasi Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq kepada Mursyid Pewaris Nabi
berikutnya hingga saat ini dan akan berterusan sampai Qiamat. Di dalam sebutan lain, Pewaris Nabi yang
dinamakan “Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq” itulah pelopor Ahlus Sunnah dan
peneraju Ahlus-Sunnah sepanjang zaman sampai Qiamat.
Allah Ta’ala memilih mereka sebagai
Wakil Allah dan Rasul-Nya bagi memimpin Ummat kepada Jalan Lurus, Jalan
kebenaran dan kesucian sampai Qiamat.
Firman Allah:
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ
ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ
“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab
(Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan
hamba-hamba Kami.”
[Faathir (35) : Ayat 32]
No comments:
Post a Comment