Wednesday, February 04, 2026

 SIRI 5


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Penjelasan 4: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq mewarisi keseluruhan Agama

Ramai tidak menyedari, termasuk salikin (murid pada jalan Ma'rifat) bahawa Mursyid yang Siddiq (benar) mewarisi keseluruhan Agama ~ iaitu Syari'at dan Toriqat Rasulullah zahir dan batin.

Mursyid yang Siddiq BUKAN semata-mata membimbing murid dengan zikir dan wirid tetapi mereka adalah pemimpin Ummat ~  memimpin Ahlus Sunnah Wal Jamaah keseluruhannya.

 

Firman Allah:

 

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

 

“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas, penyaksian mata hati).  Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin”

[Surah Yusuf (12) : Ayat 108]

 

Berkata Al-Imam Sulton Auliya, Ghawthul A'zham Shaikh Muhyidddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh:

"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar  (Mursyid yang Siddiq) yang akan datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ  yang akan mewarisi ilmu batin Baginda dan kebijaksanaan Baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah.    Manusia yang demikian digambarkan sebagai ‘pelindung dan pembimbing sebenar’.     ( وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ا     =  Wali Mursyid)

[Surah al-Kahfi (18) ‌: Ayat 17] "

[Tamat nukilan kitab: Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilayhil Abrar]

 

Syarahan:


Kalimat Agung Allah di atas serta tafsirannya oleh Sulton Auliya memberikan gambaran jelas berkenaan beberapa  Pengisytiharan Mutlaq   berhubung dengan Mursyid dan Jalan Rasulullah ﷺ — Ahlus Sunnah wal Jamaah.

 

(1) Rasulullah ﷺ sebagai Wakil Allah dan Pemimpin Agung yang membawa manusia kepada kebenaran, iaitu bawa manusia mengenal Allah dan ubuduiyyah kepada-Nya dengan tulus ikhlas.

 

(2) Ungkapan    " هَذِهِ سَبِيلِي "   (Inilah Jalanku) adalah isyarat kepada "Jalan Ma'rifat" ,  " Jalan Rasulullah ﷺ yang sebenar",  iaitu

" Jalan Menuju Allah yang sebenar"  yang membawa kepada Allah, mengenal Allah dan ubuduiyyah kepada-Nya dengan tulus ikhlas.

 

(3) Ungkapan "   عَلَى بَصِيرَةٍ  "    (penyaksian mata hati yang amat jelas ) itu adalah isyarat kepada Tauhid yang suci murni,  iaitu mentauhidkan Allah dengan pandangan mata hati yang jernih.  Pencapaian Tauhid yang suci murini ini hanya mampu diperoleh oleh seseorang dengan menyucikan batinnya dari sekalian kekejian dan kekotoran ma'nawiyah dengan pimpinan Guru  yang arif, Wakil Rasulullah ﷺ .

 

(4)   Ungkapan  "  أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي    "    (aku dan pengikutku)  adalah isyarat kepada seluruh Angkatan "Pengikut Khusus" Baginda  ﷺ  yang terpilih, iaitu Mursyid /  Ahli Ma'rifat / Ahli Sufi yang menerima, beramal dan memindahkan Ilmu zahir batin sampai Qiamat. 

 

Apabila diperincikan maksudnya adalah :

Para Sahabat Ridhwanullah dan mereka yang mengikuti mereka (sahabat) dan mereka yang mengikuti mereka lagi  — sambung- menyambung sampai Qiamat.  Ini yang dipanggil Silsilah Rasulullah ﷺ .   Ertinya maksud   "pengikutku"  itu TIDAK semata-mata terhenti pada Sahabat yang hidup secara fizikal bersama Rasulullah ﷺ  tetapi pengertian luasnya menjangkau kepada Seluruh Angkatan Pimpinan Mursyid atau Ahli Ma'rifat atau Ahli Sufi sehingga Qiamat.   Angkatan Mursyid ini juga dikenali sebagai Khalifah dan Sahabat Rasulullah ﷺ . 

 

Maksud dari semua ini adalah:

Seorang Mursyid yang Siddiq adalah Mukmin yang dipilih khusus oleh Allah mewarisi Rasulullah ﷺ , dianugerahi Maqam Nubuwwah, diberi keteguhan hati untuk menanggung Amanah Allah atas muka bumi.  Mereka mewarisi keseluruhan Agama ~ Pemimpin Ahlus Sunnah Wal Jamaah sampai Qiamat.

 

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment

  SIRI 11 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ     Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunna...