Tuesday, February 10, 2026

SIRI 43


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

 

 

 

Dalil 16: Firman Allah:

 

Firman Allah:

 

الَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (١٦) ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ‌ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ (١٧)

 

 

"Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. "

[Al-A'raf (7) : ayat 16-17]

 

Matlamat Iblis adalah menyesatkan manusia dari jalan Allah sehingga menjadi kafir.  Dia akan datang dari segala arah dan dengan segala senjata ghaib untuk memerangi keturunan Adam.  Disebabkan dendam kesumat kepada Nabi Adam dan sifat takabburnya, Iblis akan melakukan apa saja tipu daya untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah.  Dia ingin menarik sebanyak kawan yang menjadi temannya di dalam Neraka.

 

Langkah-langkah Iblis syaitan menyesatkan manusia:

 

(1) Memasuki jantung hati dan bisikkan kekufuran ke dalam hati. Sehingga akhirnya orang itu menjadi KAFIR.

 

(2) Jika tak berjaya langkah kedua adalah : Bisikkan ke dalam hati supaya  riya', takkabur, 'ujub dan lain-lain syirik khafi agar IMAN ROSAK dan IBADAH TERHAPUS.

 

(3) Jika tak berjaya juga langkah ketiga adalah :  Bisikkan ke dalam hati supaya malas dan bosan di dalam mengerjakan amal ibadah sehingga IBADAH LUMPUH.

 

(4) Jika kesemua di atas tidak berjaya langkah terakhir adalah: Memasuki urat-urat darah, pernafasan, otak, perut dan faraj lalu mengganggu seluruh perjalanan sistem biologi sehingga mendatangkan berbagai penyakit-penyakit yang pelik dan kronik.

 

Cuba perhatikan baik-baik, yang keempat itu adalah lazim berlaku ke atas orang-orang yang kuat ibadah solat, puasa, sedekah dan lain-lain kerana lazimnya syaitan gagal menyesatkan orang-orang yang kuat Ibadahnya.  Tetapi dia takkan putus asa menyesatkannya dengan cara-cara lain.  Cara terakhir Iblis atau syaitan ini cuba menyesatkan orang beriman adalah dengan cara membawa berbagai penyakit-penyakit sehingga orang itu menjadi lemah beribadah, kehidupan terganggu dan habis masa memikirkan merawat penyakitnya.

 

Iblis menggunakan segala bala tenteranya dari kalangan anak cucunya, dari kalangan jinn dan manusia untuk menggoda dan menyesatkan manusia.  Jika dia gagal menyesatkan seseorang dengan bisikan-bisikan dia akan datang dalam rupa kawan, teman, sahabat, Ibu bapa untuk menghalang dia dari jalan Allah. Iblis TIDAK akan berhenti dan TIDAK akan putus asa sehingga dia berjaya tumpaskan "manusia" terutama orang beriman.

 

 

Bersambung siri 44 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 55 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   Bab 2: Syari'...