Tuesday, February 10, 2026

SIRI 42

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

 

Dalil 12, 13, 14, 15

sambungan....

 

 

Apakah maksud  "orang yang  jadikan hawa nafsu itu tuhan yang dipuja"?

 

Mengapakah  "hawa nafsu" itu dikaitkan dengan "tuhan" yang dipuja?

 

Bagaimanakah "hawa nafsu" dikaitkan dengan "tuhan" sedangkan ianya terlindung di dalam qalb (batin hati) dan lataif-lataif (yang halus pada ruh)?

 

Apakah itu nafsu?

Apakah hakikat nafsu?

Ada berapakah macam nafsu di dalam diri manusia?

Di manakah tempat duduk nafsu- nafsu tersebut dan bagaimanakah mengetahuinya?

Manakah satu nafsu baik dan manakah satu nafsu jahat?

Bagaimanakah cara mengenal nafsu baik dan nafsu jahat?

Berapakah jenis nafsu jahat?

Apakah ukuran dan batasnya?

Siapakah yang menentukan had dan ukurannya?

Bagaimanakh cara memerangi nafsu-nafsu jahat?

Siapakah yang mahir mengenal nafsu-nafsu jahat dan nafsu-nafsu baik?

Siapakah doktor ruhani yang arif mengenal jalan-jalan untuk  mengalahkan nafsu kejahatan?

Siapakah doktor ruhani yang mampu pimpin manusia mengenal nafsu-nafsu jahatnya dan memimpinnya untuk mengalahkan nafsu-nafsu jahat itu?

 

Semua persoalan rumit dan halus ini adalah berkait rapat dengan HATI dan terangkum di dalam Ilmu Toriqat dan Tasawwuf.  Ulama Ahli Ma'rifat telah menjelaskan maksud bagi semua persoalan tersebut.   Mereka telah menyediakan cara dan jalan-jalan untuk memerangi dan menghapuskan nafsu-nafsu kejahatan dan kekejian.

 

Ilmu ini tidak terdapat dalam kitab Fiqh atau kitab Usuluddin atau kitab Tajwid atau lain-lainnya.   Semua ilmu berkaitan hal ini hanya terdapat di dalam Ilmu  Toriqat (Tasawwuf).

 

 Jika seseorang Islam tidak mempelajari Ilmu Toriqat (Tasawwuf ) dari ahlinya, tidak belajar cara-cara memerangi nafsu-nafsu kejahatannya dari ahlinya, dan dia sendiri tidak terjun ke medan berjuang melawan nafsunya,  sudah pasti dia akan tertewas di dalam perjalanan hidupnya sebagai orang beriman.  Dia akan menjadi "penyembah" kepada hawa nafsunya sendiri tanpa dia sedar.  Dia akan menjadikan "hawa nafsu" sebagai "tuhan" yang dia puja.  Na'uzubillah.

 

Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu anhu:

Takabbur, kemunafikan dan ego, adalah panah syaitan yang tertuju pada hati kamu.  Kamu perlu siapkan satu strategi mempertahankan diri dari serangan-serangan ini.  Formula strategi tersebut telah diterangkan dan telah dibuktikan oleh Mashaa'ikh (guru-guru Mursyid).  Kamu perlu mendengar baik-baik  arahan mereka dan mematuhinya.  Mereka akan pimpin kamu pada Jalan Allah kerana mereka telah pun melalui jalan tersebut.  Mintalah pada mereka nasihat-nasihat berkenaan nafsu-nafsu (yang rendah dan jahat), dan kelemahan-kelemahan lainnya,  kerana mereka juga pernah mengalami kesulitannya dan menghadapi kesan akibat darinya.  Mereka sangat sedar dan mengetahui bahaya dan ancaman dari nafsu-nafsu kejahatan.  Mereka telah menempuh jalan yang panjang memerangi (nafsu-nafsu tersebut) dengan demikian mereka boleh menghalang, mengawal dan mengalahkan semua kejahatan itu.

[Fathur-Rabbaniy Wa Faid ar -Rahmaniy]

 

Bersambung siri 43 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 55 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   Bab 2: Syari'...