Tuesday, February 10, 2026

SIRI 41


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

 

Dalil 12: Firman Allah: 


  أَرَءَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلاً

 

“Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?”

[Al-Furqan,  (25) : ayat 43 ]

 

Dalil 13: Firman Allah:


إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ بِٱلسُّوٓءِ

 

"Sesungguhnya nafsu ammarah itu sentiasa menyeru kepada kejahatan..."

[Yusuf (12) : ayat 53]

 

 

Dalil 14: Rasulullah ﷺ  bersabda:

 "Sejahat-jahat musuh kamu ialah nafsu kamu sendiri yang berada antara dua rusuk kamu.  (di dalam dada)”

[Imam al-Baihaqi]

 

Dalil 15: Rasulullah ﷺ  bersabda:

"Kita kembali dari jihad kecil kepada jihad besar.  Para sahabat bertanya, apakah jihad besar itu ya Rasulullah?"  Baginda menjawab, "Jihad melawan nafsu"

[Imam Baihaqi]

 

Setengah orang menyangka ayat ini ditujukan kepada orang kafir lalu mereka menyangka mereka selamat.  Sedangkan maksud sebenarnya BUKAN hanya orang kafir bahkan termasuk orang Islam.  Dan hantarannya adalah kepada HATI.  Bererti ianya berkaitan dengan Ilmu Tasawwuf.

 

Realitinya ramai sekali orang Islam "jatuh tersungkur"  kerana mengikuti hawa nafsu kejahatannya ;  ada yang jatuh menjadi derhaka, ada yang menjadi sesat, ada yang jatuh menjadi fasiq dan tidak kurang juga kafir tanpa disedari...!  Na'uzubillah.

 

 

Bersambung siri 42 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 55 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   Bab 2: Syari'...