Monday, February 09, 2026

SIRI 40


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

sambungan...

Dalil 9, 10, 11:

sambungan....

 

 

Penjelasan ringkas:

 

Penjelasan 1:

(1) Ayat Allah pada Surah An-Nur berserta Hadith Rasulullah ﷺ adalah berkenaan Hati (Qalb) manusia, macam-macam hati manusia serta balasan bagi pemiliknya.

 

Penjelasan 2:

Jenis-jenis hati manusia berdasarkan Hadith Rasulullah ﷺ:

 

(1) Qalbun Ajrad - Hati yang suci murni.

Qalbun ajrad (hati yang murni tak bernoda) di dalamnya seperti ada pelita yang bersinar.

HATI jenis ini adalah hati yang dimiliki oleh Rasul, Nabi, Auliya Allah, Warisatul Anbiya yang Siddiq dan Mukmin sejati. Pelita yang bersinar itu adalah bermaksud cahaya Iman, cahaya Tauhid, cahaya Ma'rifat yang gilang gemilang di dalam HATInya serta meliputi diri mereka dan memancar kepada mereka-mereka yang hampir dengan mereka, dan juga meliputi mereka yang jauh-jauh berbeza-beza dan bertingkat-tingkat  mengikut martabat dan maqam mereka masing-masing... semuanya dari Limpah Rahmat Allah.  

 

(2) Qalbun Aghlaf  - hati yang tertutup.

Qalbun aghlaf (hati yang tertutup) yang terikat tutupnya.

 HATI jenis ini telah keras dan MATI, tak dapat masuk hidayah ke dalamnya dan kekufuran tak dapat keluar darinya.  Orang seperti ini tiada jalan keluar lagi, HATI jenis ini dimiliki oleh tiga jenis manusia:

 

(1) Orang kafir asli yang dikunci MATI hatinya disebabkan keingkaran yang melampau.

 

(2) Orang Islam yang fasiq yang terus-menerus melakukan keingkaran, kezaliman dan kekufuran tanpa taubat sehingga HATI nya menjadi gelap gelita, keras dan akhirnya MATI.

 

(3) Orang Islam yang tersesat ke dalam kelompok-kelompok bid'ah sesat (berjumlah 72 golongan sesat) seperti Syi'ah (rafidhi), Wahhabiyyah (Khawarij), Sekular atau Liberal dan lain-lain  dan tidak segera taubat, sebaliknya terus-menerus di dalam kesesatan sehingga HATI nya keras dan MATI.  Na'uzubillah

 

Firman Allah:

 

خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَـرِهِمْ غِشَـوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عظِيمٌ

 

(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mengunci mati  atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

[Al-Baqarah (2) : Ayat 7]

 

 

(3) Qallbun Mankuus-  Hati yang terbalik.

Ini adalah HATI orang munafiq, iaitu mereka yang  mempunyai pengetahuan tentang Islam tetapi di sebaliknya adalah kekafiran, tujuan sebenar mereka adalah kekafiran. Mereka olok-olokkan orang beriman.  Mereka mempermain-mainkan Allah. Nasib orang munafiq sama seperti orang yang kafir.

 

(4) Qalbun Musfah  -  hati yang terlapis.

HATI bangsa ini adalah yang dimiliki oleh kebanyakan orang Islam awam yang sentiasa bercampur aduk antara Iman dan Syirik (atau nifaq seperti disebut oleh Rasulullah ﷺ).   Walau bagaimanapun syirik dan nifaq ini adalah syirik khafi  dan nifaq amali yang TIDAK batalkan Iman.  Tetapi Imannya akan rosak jika dibiarkan tanpa berusaha sungguh-sungguh baikinya.

 

Penjelasan 3:

Asal hati insan adalah suci, mengapakah ia berubah?

Mengapakah hati menjadi berpenyakit, kotor, keruh, kelam dan gelap?

Bagaimanakah cara untuk sembuhkan hati ini?

Mengapakah hati menjadi keras mati?

Bolehkah hidupkan hati yang mati?

Apakah kesudahan orang yang memiliki hati yang mati?

 

Jawapannya dijelaskan secara terperinci di dalam Ilmu Tasawwuf dan langkah-langkah membersihkannya kembali bersinar di dalam Toriqat.

 

Bersambung siri 41 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 55 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   Bab 2: Syari'...