SIRI 39
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
sambungan...
Dalil 9: Firman Allah:
سُوۡرَةُ النُّور
۞ ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشۡكَوٰةٍ۬
فِيہَا مِصۡبَاحٌ ٱلۡمِصۡبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّہَا كَوۡكَبٌ۬
دُرِّىٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ۬ مُّبَـٰرَڪَةٍ۬ زَيۡتُونَةٍ۬ لَّا شَرۡقِيَّةٍ۬ وَلَا
غَرۡبِيَّةٍ۬ يَكَادُ زَيۡتُہَا يُضِىٓءُ وَلَوۡ لَمۡ تَمۡسَسۡهُ نَارٌ۬ نُّورٌ عَلَىٰ
نُورٍ۬ يَہۡدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَـٰلَ
لِلنَّاسِ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬ (٣٥)
"Allah (memberi) cahaya (kepada) langit dan bumi.
Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang tak tembus yang di dalamnya
ada pelita besar. Pelita itu di dalam
kaca dan kaca itu seakan-akan (bintang yang bercahaya) seperti mutiara yang
menyalakan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun yang
tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya yang
minyaknya sahaja menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya
(berlapis-lapis) Allah membimbing kepada cahayanya, siapa yang Dia kehendaki,
dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha
Mengetahui segala sesuatu."
[An-Nuur (24) : Ayat 35]
Dalil 10: Hadith Rasulullah:
Rasulullah ﷺ
bersabda:
أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ
الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
“Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging,
jika baik ia, maka baiklah seluruh jasadnya, jika jahat ia, maka jahatlah
seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah Qalb (jantung).”
[Imam Bukhari]
Dalil 11: Hadith Rasulullah:
Rasulullah ﷺ
bersabda:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُلُوبُ أَرْبَعَةٌ قَلْبٌ أَجْرَدُ فِيهِ مِثْلُ السِّرَاجِ
يُزْهِرُ وَقَلْبٌ أَغْلَفُ مَرْبُوطٌ عَلَى غِلَافِهِ وَقَلْبٌ مَنْكُوسٌ وَقَلْبٌ
مُصْفَحٌ فَأَمَّا الْقَلْبُ الْأَجْرَدُ فَقَلْبُ الْمُؤْمِنِ سِرَاجُهُ فِيهِ نُورُهُ
وَأَمَّا الْقَلْبُ الْأَغْلَفُ فَقَلْبُ الْكَافِرِ وَأَمَّا الْقَلْبُ الْمَنْكُوسُ
فَقَلْبُ الْمُنَافِقِ عَرَفَ ثُمَّ أَنْكَرَ وَأَمَّا الْقَلْبُ الْمُصْفَحُ فَقَلْبٌ
فِيهِ إِيمَانٌ وَنِفَاقٌ فَمَثَلُ الْإِيمَانِ فِيهِ كَمَثَلِ الْبَقْلَةِ يَمُدُّهَا
الْمَاءُ الطَّيِّبُ وَمَثَلُ النِّفَاقِ فِيهِ كَمَثَلِ الْقُرْحَةِ يَمُدُّهَا الْقَيْحُ
وَالدَّمُ فَأَيُّ الْمَدَّتَيْنِ غَلَبَتْ عَلَى الْأُخْرَى غَلَبَتْ عَلَيْهِ
Hati itu ada empat macam: Pertama, qalbun ajrad (hati yang
murni tak bernoda) di dalamnya seperti ada pelita yang bersinar. Kedua, qalbun aghlaf (hati yang tertutup)
yang terikat tutupnya. Ketiga, qalbun
mankuus (hati yang terbalik). Keempat,
qalbun musfah (hati yang terlapis). Adapun qalbun ajrad adalah hati seorang
Mukmin, pelita dalam hatinya adalah cahaya, qalbun aghlaf adalah hati orang
kafir, qalbun mankuus adalah hati orang munafik, yang mengetahui kemudian
mengingkari. Qalbun musfah adalah hati yang
di dalamnya bercampur iman dan nifaq, iman yang ada di dalamnya seperti tanaman
yang disirami air yang segar dan nifaq yang ada di dalamnya seperti bisul yang
disirami darah dan nanah, mana dari dua unsur di atas yang lebih kuat, maka
itulah yang akan menguasai hatinya.”
[Imam Ahmad]
Bersambung siri 40 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH
JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment